Home > Home Slider > BANTUAN KILAT MANGSA BANJIR DI PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA PARLIMEN TEBRAU, JOHOR

BANTUAN KILAT MANGSA BANJIR DI PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA PARLIMEN TEBRAU, JOHOR

Johor Bahru, 02 November 2021 – ekoran banjir yang melanda negeri ini berpunca daripada hujan sederhana lebat yang berpanjangan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Selain itu, Sebuah laluan di Jalan Pengerang-Kota Tinggi juga terpaksa ditutup sementara setelah ditenggelami air akibat banjir.

Daerah Johor Bahru terjejas teruk akibat bencana banjir apabila seramai 690 mangsa daripada 189 keluarga dipindahkan ke sembilan PPS di daerah  tersebut. Difahamkan kesemua mangsa banjir yang dipindahkan itu datangnya daripada 18 buah kampung yang terjejas bencana banjir dan sebuah Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Sam Poh.

Majlis Tindakan Pengguna Negara – Negeri Johor dan Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia (YMLM) mengambil pendekatan awal dengan melakukan Bantuan Kilat – menghantar sebanyak 1784 pek makanan nasi goreng segera Bentoree kepada keluarga mangsa yang terkesan akibat daripada banjir yang berlaku di kediaman mereka.

Terima kasih juga kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), RELA, PDRM , BOMBA dan Agensi2 Kerajaan lain yang turut sama bertindak pantas membantu mangsa2 banjir.. Alhamdulillah…Semoga mangsa banjir tabah mengharungi Ujian.


Pusat Penempatan Sementara (PARLIMEN TEBRAU)
1.DEWAN SG TIRAM
2.DEWAN MUAFAKAT KG CAHAYA BARU
3.SURAU MAKMUR KG PENDERAM
4.SMK TMN PASIR PUTIH
5.DEWAN SERBAGUNA PANDAN
6.SK TMN DAYA 2
7.SK TMN BUKIT MUTIARA
8.DEWAN KG MAJU JAYA
9.BALAIRAYA KG SINARAN

#majlistindakanpenggunanegara #mtpnhq #yayasanmasyarakatlestari #misibantuanmangsabanjir #parlimentebrau #kuasapengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #aduanpengguna #kamiprihatin #kamisediamembantu #bentoreemy #charityprogram #sebutirnasisejutakasih #kitajagakita #KitaTeguhKitaMenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *