Home > Home Slider > MISI BANTUAN PASCA BANJIR

MISI BANTUAN PASCA BANJIR

Selangor, 27 Disember 2021 – seramai 60 orang ahli dan sukarelawan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) daripada negeri Johor, Selangor dan Kuala Lumpur menyertai misi kemanusian pasca banjir di Hulu Langat, Selangor pada kali ini.

Turut serta turun padang, presiden MTPN kebangsaan Dato’ Paduka Dr. Kevy Yeo. Kami membantu penduduk di sekitar Kampung Batu 14 hingga Batu 18 membersihkan kawasan rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah. Selain itu, barangan bantuan makanan dan keperluan seperti dapur memasak, tong gas, tilam dan peralatan solat juga turut kami agihkan kepada mereka yang memerlukan.

Seluruh Pihak MTPN mengucapkan ribuan terima kasih atas kerja keras, usaha dan sokongan kepada semua yang hadir menjayakan misi ini.

Keluarga kita : rakyat malaysia.

#majlistindakanpenggunanegara #mtpnhq #kuasapengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #aduanpengguna #kamiprihatin #kamisediamembantu #misikemanusiaan #pascabanjir2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *