Home > Home Slider > KUNJUNGAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA DIGITAL NATIONAL BERHAD (DNB)

KUNJUNGAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA DIGITAL NATIONAL BERHAD (DNB)

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah dijemput oleh Digital National Berhad (DNB) untuk perbincangan mengenai kualiti Internet di Malaysia.

Memandangkan kita sudah memasuki fasa penggunaan rangkaian 5G, pengguna & perniaga pastinya menghadapi lebih daripada satu isu yang berkaitan dengan kualiti internet.

Kami membincangkan masalah internet yang dihadapi oleh pengguna kepada DNB dengan harapan isu-isu tersebut tidak akan berulang dalam rangkaian 5G.

Isu yang telah kami sentuh semasa perbincangan ialah mengenai :

  • Liputan 4G yang lemah di banyak kawasan dan kelajuan Internet 4G yang perlahan/tidak konsisten.
  • Kelajuan Internet tidak mencapai kelajuan yang dijanjikan oleh pembekal perkhidmatan.
  • Perlindungan pengguna yang lemah, termasuk kontrak perkhidmatan yang tidak melindungi pengguna di Malaysia
  • Kos internet yang tinggi bagi setiap GB.
  • Penyelenggaraan rangkaian tanpa pemberitahuan menyebabkan gangguan perkhidmatan Internet pada jalur lebar mudah alih dan tetap.

MTPN berharap DNB dapat menyelesaikan isu diatas dengan melebarkan lagi rangkaian 5G ke seluruh Malaysia dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada semua pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *