14 Mac 2022 – Ahli-Ahli Majlis MTPN Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Malaysian Medical Council (MMC) dan disambut baik oleh YBrs. Dato’ Dr. Mohd Khairi Bin Yakub, Ketua Pegawai Eksekutif MMC. Pihak MTPN yang diketuai oleh YDP MTPN Selangor – Datoβ Dr Gavin Voon. Turut hadir bersama, EXCO Aduan Pengguna – En. Alston Tan, Timbalan YDP MTPN Selangor – En. Gilbert Pang, Setiausaha MTPN Selangor – En. Eddy Soo dan Penolong Setiausaha MTPN Selangor – En. Henry Lim
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapat nasihat atas kes-kes aduan pengguna yang berkaitan dengan perkhidmatan klinik dan doktor yang tidak mengikut prosedur yang sesuai terhadap pengguna mereka.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dato’ Dr. Mohd Khairi Bin Yakub, Ketua Pegawai Eksekutif MMC atas kesudian melapangkan masa menerima kunjungan kami dan memberi nasihat yang berguna dan bermanfaat dalam usaha membantu para pengguna.
#Majlistindakanpengguna #mtpnhq #majliskunjunghormat #mmcselangor #aduanpengguna #satupenggunasatusuara #rawatanestetik #aduanperkhidmatanestetik