Home > Home Slider > MAJLIS KUNJUNG HORMAT MTPN KE PEJABAT KPT (MoHE)

MAJLIS KUNJUNG HORMAT MTPN KE PEJABAT KPT (MoHE)

Putrajaya, 7 September 2022 – Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) yang diketuai oleh Presiden Kebangsaan, Dato’ Paduka Dr. Kevy KV Yeo dan wakil – wakil exco serta pegawai MTPN yang lain telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya (KPT) semalam.

Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk :
* Memperkenalkan latar belakang dan hala tuju MTPN
* Menjelaskan program dan aktiviti – aktiviti serta pencapaian MTPN
* Membentangkan program terbaharu yang akan dijalankan oleh MTPN iaitu ๐—˜๐˜…๐—ฝ๐—ผ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ โ€“ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป dan ๐—”๐—ป๐˜‚๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—น๐˜‚๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—˜๐—ฑ๐˜‚๐—ฐ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐˜€ (๐— ๐—œ๐—˜).

Selain itu, pelbagai topik yang dibincangkan bagi mendapat kesepakatan dan persefahaman tentang usaha memaju dan menaikkan nama kedua- dua belah pihak.Pihak KPT juga sangat gembira dan teruja apabila MTPN akan menganjurkan program Malaysia Influential Educators (MIE) dan EXPO Pendidikan.

Mereka juga amat berbesar hati untuk menyokong dan bekerjasama dengan pihak MTPN bagi menjayakan kedua โ€“ dua program tersebut. Semoga dengan hasil dari kunjungan ini akan merapatkan lagi hubungan dua hala antara kedua belah pihak dan semoga segala aktiviti dan program dari kedua belah pihak akan sentiasa disokong dan diberi kerjasama yang yang erat.

#MajlisTindakanPenggunaNegara#majliskunjunghormat#PKPT#pengajiantinggi#programkerjasama#programpendidikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *