Putrajaya, 7 September 2022 – Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) yang diketuai oleh Presiden Kebangsaan, Dato’ Paduka Dr. Kevy KV Yeo dan wakil – wakil exco serta pegawai MTPN yang lain telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya (KPT) semalam.
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk :
* Memperkenalkan latar belakang dan hala tuju MTPN
* Menjelaskan program dan aktiviti – aktiviti serta pencapaian MTPN
* Membentangkan program terbaharu yang akan dijalankan oleh MTPN iaitu 𝗘𝘅𝗽𝗼 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮 – 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 dan 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗜𝗻𝗳𝗹𝘂𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝗹 𝗘𝗱𝘂𝗰𝗮𝘁𝗼𝗿𝘀 (𝗠𝗜𝗘).
Selain itu, pelbagai topik yang dibincangkan bagi mendapat kesepakatan dan persefahaman tentang usaha memaju dan menaikkan nama kedua- dua belah pihak.Pihak KPT juga sangat gembira dan teruja apabila MTPN akan menganjurkan program Malaysia Influential Educators (MIE) dan EXPO Pendidikan.
Mereka juga amat berbesar hati untuk menyokong dan bekerjasama dengan pihak MTPN bagi menjayakan kedua – dua program tersebut. Semoga dengan hasil dari kunjungan ini akan merapatkan lagi hubungan dua hala antara kedua belah pihak dan semoga segala aktiviti dan program dari kedua belah pihak akan sentiasa disokong dan diberi kerjasama yang yang erat.
#MajlisTindakanPenggunaNegara#majliskunjunghormat#PKPT#pengajiantinggi#programkerjasama#programpendidikan