Home > Home Slider > MAJLIS PERASMIAN JUALAN PRA RAMADHAN MELAKA MADANI 2023

MAJLIS PERASMIAN JUALAN PRA RAMADHAN MELAKA MADANI 2023

Melaka, 21 Mac 2023 – Telah berlangsung Majlis Perasmian Jualan Pra Ramadhan Melaka Madani 2023 anjuran Biro Ekonomi Biro Dakwah Dunia Melayu Dunia Islam (DMDi) di Tapak Pasar Tani Bazar Ramadhan Bukit Katil, Melaka.

Majlis ini telah dirasmikan Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Turut hadir bersama dalam majlis ini iaitu Pengarah KPDKSH Pn. Norena Jaafar bersama Ketua Penguatkuasa Negeri Melaka, Tn Rohaimi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang majlis perasmian ini adalah seperti :- Jualan murah telur ayam, daging ayam & daging lembu segar sumbangan FAMA- Bantuan bekalan Rahmah & Minyak Masak 1kg RM2 dari KPDNKSH Melaka- Mengiringi TYT melawat setiap gerai jualan.

Sementara itu, Dato Paduka Dr. Kevy KV. Yeo selaku Presiden Kebangsaan (MTPN) dan Y.M Dato Paduka Seri Dr Hasnizal Bin Hj Hassan, Penasihat Kebangsaan MTPN turut bersama – sama memeriahkan program ini sebagai tetamu jemputan ke Program pertemuan bersama TYT TUN di program Pelancaran Pasar Tani DMDI Ramadan DMD1 2023 ini.

#majlistindakanpenggunanegara#JualanPraRamadhan#melakamadani#ramadan2023#kpdnshmelaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *