Selangor, 20 Oktober 2024 – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor (JPPM) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Boling Piala Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Subang Jaya, Selangor bersempena dengan Hari Sukan Negara.










Di kesempatan ini, seluruh pihak MTPN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPPM kerana telah membuka peluang dan ruang kepada pihak MTPN dalam meluaskan lagi nama dan kerjasama dalam aktiviti bersama pengguna seperti ini.
Tidak lupa juga ucapan tahniah dan syabas kepada semua peserta dan pemenang yang telah menunjukkan sokongan dan bakat masing – masing semasa pertandingan ![]()
Seluruh pihak MTPN mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja bagi hadiah cabutan bertuah dan atas sokongan serta kerjasama yang diberikan untuk sama-sama menjayakan pertandingan ini. Sumbangan anda telah menambah keceriaan dan semangat peserta sepanjang kejohanan berlangsung. ![]()
Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan dan kebersamaan sesama masyarakat! ![]()
#MajlisTindakanPenggunaNegara #jabatanpendaftaranpertubuhanmalaysia #kejohananboling #pialaketuapengarah #HARISUKANNEGARA2024 #sunwaymegalanes #BowlingTournament #sukanpengguna
