Home > 2025 > January > 06

BELANJAWAN 2025 : KPDN, KASTAM DIPERUNTUK RM60 JUTA TINGKAT BANTERAS PENYELUDUPAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diperuntukan RM60 juta bagi mempertingkatkan usaha-usaha membanteras aktiviti penyeludupan sekali gus membanteras ketirisan wang rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sejak 2022 hingga September lalu, kedua-dua agensi itu berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dengan hasil rampasan mencecah hampir RM2 bilion. Dalam pada itu, katanya kerajaan memperuntukkan RM27 juta kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk membanteras penguasaan kartel dan penipuan bida. "Tahun hadapan, MyCC disediakan RM27 juta untuk terus memecahkan tembok penguasaan kartel," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Anwar berkata

Read More

KPDN, JPJ bertemu minggu depan, cari penyelesaian kegiatan ejen tipu pemeriksaan PUSPAKOM

KUALA LUMPUR: Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bertemu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi perbincangan mengenai kegiatan 'ejen kosmetik' yang menyediakan khidmat kepada kenderaan berat termasuk 'sewa tayar' pada minggu depan. Antara lain, perbincangan itu dijangka memberi perhatian kepada bidang kuasa yang boleh diperhalusi bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil secara bersama oleh kedua-dua agensi terbabit terhadap pihak berkenaan. Ketua Pengarah Penguatkuasaan KPDN, Datuk Azman Adam, ketika mengesahkan pertemuan itu, berkata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, ada menghubunginya semalam.Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat berkongsi butiran perbincangan di antara mereka sehingga pertemuan yang dirancang itu berlangsung"Biar kita bincang

Read More

MALAYSIA INFLUENTIAL WOMEN ENTREPRENEUR 2024 (MIWE)

Selangor, 26 Oktober 2024 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Pengiktirafan Malaysia Influential Women Entrepreneur 2024 bertempat di Geno Hotel, Selangor. Majlis ini bertujuan meraikan pencapaian dan sumbangan usahawan wanita yang berpengaruh dalam memajukan ekonomi negara serta memberi inspirasi kepada komuniti perniagaan di Malaysia. Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri oleh tokoh-tokoh korporat, pemimpin masyarakat, dan wakil-wakil organisasi wanita. Penerima pengiktirafan terdiri daripada wanita usahawan cemerlang yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam inovasi, pembangunan perniagaan, serta penglibatan aktif dalam tanggungjawab sosial. Tahniah diucapkan kepada semua penerima pengiktirafan atas pencapaian luar biasa mereka. Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin

Read More