Home > Home Slider > 𝐅𝐔𝐍 π–π€π‹πŠ ππ‹πŽπŽπƒ π’π„π„πŠπ„π‘π’ πŸπŸŽπŸπŸ’

𝐅𝐔𝐍 π–π€π‹πŠ ππ‹πŽπŽπƒ π’π„π„πŠπ„π‘π’ πŸπŸŽπŸπŸ’

30 Nov, Johor Bahru – Program Fun Walk Blood Seekers 2024 yang dianjurkan oleh Unit Perubatan Transfusi Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan kerjasama Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah diadakan di Eco Spring Sales Gallery, Johor Bahru.

Program ini yang dihadiri oleh seramai 600 pernyertaan telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr Khairul Rizal bin Othman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor (Perubatan) diiringi oleh Dr. Mohd Redzuan bin Abdullah, Ketua Unit Perubatan Transfusi HSI. Turut hadir Dr Mohd Fathi Zaki bin Mohd Zakaria, Timbalan Pengarah Hospital (Perubatan) 2 HSI dan Dato’ Paduka Dr. Kevy KV Yeo, Presiden Kebangsaan MTPN serta barisan Timbalan – Timbalan Presiden Kebangsaan MTPN sebagai tanda sokongan kepada usaha meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan mederma darah.

Selain dari program Fun Walk, sebuah Majlis Apresiasi juga diadakankan bersempena dengan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB) telah berlangsung di Ecoworld Gallery @ Eco Spring Johor Bahru, bermula jam 11 pagi.

Program ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para penderma darah di atas sumbangan mereka yang tidak ternilai dalam menyelamatkan nyawa mereka memerlukan. Di samping itu, ia juga bertujuan mendidik masyarakat mengenai keperluan menderma darah secara konsisten dan menggalakkan gaya hidup sihat melalui acara santai yang mesra keluarga.

Penganjur turut berharap program seperti ini dapat memupuk semangat komuniti dan mengukuhkan hubungan antara masyarakat, organisasi kesihatan, serta pihak berkuasa dalam mendukung kempen kesihatan awam. Dengan kehadiran ramai peserta, program ini juga secara tidak langsung menjadi platform untuk menarik lebih ramai penderma darah baharu bagi memastikan bekalan darah negara sentiasa mencukupi.

Dato’ Paduka Dr. Kevy KV Kevy Yeo menekankan kepentingan solidariti dalam menyokong usaha kesihatan awam dan menyeru masyarakat untuk terus menyumbang ke arah pembangunan sistem kesihatan yang lebih baik.

Program ini juga mencerminkan komitmen semua pihak terhadap penjagaan kesihatan yang inklusif dan mesra masyarakat, selaras dengan tema Hari Penderma Darah Sedunia tahun ini, kami ingin mengucapkan β€œTerima Kasih,Penderma Darah.”!

#MajlisTindakanPenggunaNegara#HospitalSultanIsmail#haripendermadarahsedunia#majlisasprisiasi#bloodseekers#sukanpenggunamtpn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *