Home > Home Slider > KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA 2

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA 2

Johor Bahru, 30 Jun 2022 – YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo, Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah menerima jemputan sebagai perasmi majlis Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2 pada tahun ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Masrudi Bin Abdul Rahman selaku wakil rasmi kepada Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo. Turut hadir wakil – wakil dari pihak MTPN untuk bersama – sama memeriah & menjayakan majlis Kejohanan tersebut.

Kedatangan wakil – wakil dari pihak MTPN diiringi oleh guru – guru dan disambut dengan layanan dan persembahan yang cukup baik dari seluruh warga SK Taman Daya. Kejohanan sukan tahunan ini dimulakan dengan Pasukan Perbarisan diikuti dengan Perbarisan Lintas Hormat oleh Pasukan Perbarisan dan Peserta Kejohanan dari kesemua pasukan yang terlibat di hadapan Tuan Masrudi dan para vip serta guru-guru dan ibu bapa.

Temasya Kejohanan Sukan Tahunan ini diadakan bagi mempertingkatkan lagi tahap kecergasan murid di samping melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan (1M1S) yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kejohanan ini merupakan salah satu program utama aktiviti kokurikulum tahun 2022 kategori sukan dan permainan di SKTD2 setelah dua tahun dihentikan akibat pandemik yang melanda negara ini.

Pihak MTPN juga telah berbesar hati untuk menaja jersi sukan bagi atlet cilik pasukan bola sepak sekolah tersebut bagi menaikkan lagi semangat dan jati diri mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih besar di kemudian hari.

Penyampaian hadiah turut disampaikan oleh Tuan Masrudi kepada atlet-atlet pasukan yang telah berjaya merangkul kejuaraan dalam pelbagai kategori. Pihak MTPN mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS atas kejayaan pihak SK TAMAN DAYA 2 atas penganjuran Kejohanan Sukan Tahunan ini dengan jayanya dan TERIMA KASIH atas jemputan dan penerimaan kunjungan dari pihak MTPN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *