Home > Info Pengguna > BELANJAWAN 2025 : KPDN, KASTAM DIPERUNTUK RM60 JUTA TINGKAT BANTERAS PENYELUDUPAN

BELANJAWAN 2025 : KPDN, KASTAM DIPERUNTUK RM60 JUTA TINGKAT BANTERAS PENYELUDUPAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diperuntukan RM60 juta bagi mempertingkatkan usaha-usaha membanteras aktiviti penyeludupan sekali gus membanteras ketirisan wang rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sejak 2022 hingga September lalu, kedua-dua agensi itu berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dengan hasil rampasan mencecah hampir RM2 bilion.

Dalam pada itu, katanya kerajaan memperuntukkan RM27 juta kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk membanteras penguasaan kartel dan penipuan bida.

“Tahun hadapan, MyCC disediakan RM27 juta untuk terus memecahkan tembok penguasaan kartel,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Anwar berkata setakat September lalu, MyCC berjaya memecahkan tembok penguasaan kartel dan penipuan bida membabitkan jumlah penalti dikenakan hampir RM600 juta yang dikaitkan lebih 350 syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *