Home > Home Slider (Page 3)

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH MALAYSIA INFLUENTIAL INTELLECTUAL PROPERTY BRANDS AWARD (MIIPBA) 2022

Johor Bahru, 14 Mac 2022 - Telah berlangsung majlis penyampaian anugerah Malaysia Influential Intellectual Property Brand Award (MIIPBA ) 2022 di Loon Sing Convention Centre , Taman Daya Johor Bahru. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Nor Affendy bin Abd Khalid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Dalam Negeri. Majlis Tindakan Pengguna Kebangsaan (MTPN) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua 54 jenama perniagaan yang telah memenangi anugerah ini. Kami berharap mereka akan terus membawa perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pengguna Malaysia! #majlistindakanpenggunanegara #majlisanugerah #miipba2022 #intellectualproperty #brandsaward

Read More

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH TOP 500 CONSUMER CERTIFICATION TRUSTY BRANDS AWARD 2022

Kuala Lumpur, 19 Mac 2022 - Majlis Penyampaian Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 (Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award) anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah diadakan di Majestic Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Nor Affendy bin Abd Khalid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Dalam Negeri. Pihak MTPN telah memilih 43 buah syarikat daripada pelbagai industri sebagai pemenang-pemenang pada majlis itu melalui proses penaksiran dan pengauditan yang ketat dan telus. " Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 merupakan suatu inisiatif (MTPN) untuk mengenal pasti perniagaan yang memberikan perkhidmatan

Read More

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CONSUMERS’ CHOICE AWARD 2022

Johor, 31 Mac 2022 - Majlis Penyampaian Anugerah Pilihan Pengguna (Consumers' Choice Award) 2022 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah diadakan di Loon Sing Convention Hall Taman Daya baru-baru ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Nor Affendy bin Abd Khalid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Dalam Negeri. Pihak MTPN telah memilih 39 buah syarikat daripada pelbagai industri sebagai pemenang-pemenang pada majlis itu melalui proses penaksiran dan pengauditan yang ketat dan telus. "Anugerah Pilihan Pengguna merupakan suatu inisiatif (MTPN) untuk mengenal pasti perniagaan yang memberikan perkhidmatan yang unggul dan berintegriti kepada pengguna," kata

Read More

Sambutan Karnival Pengguna Negeri Selangor

SHAH ALAM, AHAD 20 Mac 2022 – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor, YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni telah merasmikan Sambutan Karnival Pengguna Negeri Selangor 2022 yang berlangsung di Central i-City, Shah Alam hari ini. Katanya, Sambutan Karnival Pengguna Negeri Selangor 2022 ini seiring dengan Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan dengan tema sambutan adalah ‘Digitalisasi Pengguna’. Justeru itu, fokus pengisian program/ aktiviti sepanjang sambutan bulan pengguna Selangor tahun ini adalah untuk melahirkan 'Pengguna Bijak dan Arif Selangor' dalam era urus niaga digital, fokus ini amat bertepatan dengan tema pilihan tahun ini iaitu Digitalisasi Pengguna," katanya. Jelasnya, Karnival

Read More

Kunjungan Hormat ke Malaysian Medical Council (MMC)

14 Mac 2022 - Ahli-Ahli Majlis MTPN Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Malaysian Medical Council (MMC) dan disambut baik oleh YBrs. Dato' Dr. Mohd Khairi Bin Yakub, Ketua Pegawai Eksekutif MMC. Pihak MTPN yang diketuai oleh YDP MTPN Selangor - Dato’ Dr Gavin Voon. Turut hadir bersama, EXCO Aduan Pengguna - En. Alston Tan, Timbalan YDP MTPN Selangor - En. Gilbert Pang, Setiausaha MTPN Selangor - En. Eddy Soo dan Penolong Setiausaha MTPN Selangor - En. Henry Lim Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapat nasihat atas kes-kes aduan pengguna yang berkaitan dengan perkhidmatan klinik dan doktor yang tidak mengikut prosedur

Read More

PROGRAM KERJASAMA ‘PROJEK PRIHATIN UMCCed’

Kuala Lumpur, 21 Januari 2022 - Hasil kerjasama yang baik antara pihak UMCCed, Majlis Tindakan Pengguna Negara dan Yayasan Amal Malaysia untuk program ini Jumaat lalu, alhamdulilah perjalanan program dapat dijalankan dengan lancar dan segala sumbangan yang disediakan dapat disampaikan dengan baik. Seramai 300 penerima sumbangan di sekitar jalan Raja Laut, Chow Kit berjaya dikumpulkan dan diserahkan sumbangan yang berupa makanan, kelengkapan asas dan bahan - bahan kebersihan diri. Pihak MTPN berbesar hati dapat bersama - sama dengan pihak penganjur bagi menjalankan program yang mulia ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak penaja dan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Harapan

Read More

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT KPDNHEP WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR - 12 JAN 2022 - Presiden MTPN Kebangsaan Dato' Paduka Dr. Kevy Yeo mengetuai kunjungan hormat ke pejabat KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertujuan mengeratkan hubungan dua hala diantara pihak MTPN dan agensi – agensi kerajaan. Turut serta bersama kunjungan ini adalah Setiausaha Agung MTPN, Tuan Masrudi Abdul Rahman dan Naib Presiden MTPN Kebangsaan, Dr. David Ng Kung Wei. Semoga pertemuan ini merupakan permulaan yang baik diantara MTPN WP Kuala Lumpur untuk bekerjasama dengan KPDNHEP WP Kuala Lumpur dalam merangka perancangan tahun 2022 yang lebih berkualiti untuk kebaikan pengguna. #majlistindakanpenggunanegara #mtpnhq #kuasapengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #aduanpengguna #kamiprihatin #kamisediamembantu #majliskunjunganhormat #kpdnhepwpkl

Read More

KUNJUNGAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA DIGITAL NATIONAL BERHAD (DNB)

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah dijemput oleh Digital National Berhad (DNB) untuk perbincangan mengenai kualiti Internet di Malaysia. Memandangkan kita sudah memasuki fasa penggunaan rangkaian 5G, pengguna & perniaga pastinya menghadapi lebih daripada satu isu yang berkaitan dengan kualiti internet. Kami membincangkan masalah internet yang dihadapi oleh pengguna kepada DNB dengan harapan isu-isu tersebut tidak akan berulang dalam rangkaian 5G. Isu yang telah kami sentuh semasa perbincangan ialah mengenai : Liputan 4G yang lemah di banyak kawasan dan kelajuan Internet 4G yang perlahan/tidak konsisten.Kelajuan Internet tidak mencapai kelajuan yang dijanjikan oleh pembekal perkhidmatan. Perlindungan pengguna yang lemah, termasuk kontrak perkhidmatan yang tidak melindungi pengguna

Read More

KUNJUNGAN HORMAT MTPN SELANGOR KE BALAI POLIS BATU 14 HULU LANGAT, SELANGOR

SELANGOR, 7 Januari 2022 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, Selangor yang diketuai oleh Dato’ Dr. Gavin Voon (Yang Dipertua MTPN Cawangan Selangor) dan diiringi oleh Pengerusi MTPN Cawangan Hulu Langat dan beberapa jawatankuasa cawangan serta ahli sukarelawan yang lain. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menerangkan misi dan visi penubuhan MTPN Negeri Selangor kepada KPL Norhazura Binti Kamaluddin, Timbalan Ketua Polis Balai. Antara isu lain yang dibincangkan adalah mengenai situasi Hulu Langat yang dilanda banjir pada bulan Disember yang lalu serta kerjasama yang boleh dijalankan di Hulu

Read More

MISI BANTUAN PASCA BANJIR

Selangor, 27 Disember 2021 - seramai 60 orang ahli dan sukarelawan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) daripada negeri Johor, Selangor dan Kuala Lumpur menyertai misi kemanusian pasca banjir di Hulu Langat, Selangor pada kali ini. Turut serta turun padang, presiden MTPN kebangsaan Dato' Paduka Dr. Kevy Yeo. Kami membantu penduduk di sekitar Kampung Batu 14 hingga Batu 18 membersihkan kawasan rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah. Selain itu, barangan bantuan makanan dan keperluan seperti dapur memasak, tong gas, tilam dan peralatan solat juga turut kami agihkan kepada mereka yang memerlukan. Seluruh Pihak MTPN mengucapkan ribuan terima kasih atas kerja keras, usaha dan

Read More