KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA 2
Johor Bahru, 30 Jun 2022 – YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo, Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah menerima jemputan sebagai perasmi majlis Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2 pada tahun ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Masrudi Bin Abdul Rahman selaku wakil rasmi kepada Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo. Turut hadir wakil – wakil dari pihak MTPN untuk bersama – sama memeriah & menjayakan majlis Kejohanan tersebut. Kedatangan wakil – wakil dari pihak MTPN diiringi oleh guru – guru dan disambut dengan layanan dan persembahan yang cukup baik dari seluruh warga SK Taman Daya.
Read More