Home > Home Slider > MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CONSUMERS’ CHOICE AWARD 2022

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CONSUMERS’ CHOICE AWARD 2022

Johor, 31 Mac 2022 – Majlis Penyampaian Anugerah Pilihan Pengguna (Consumers’ Choice Award) 2022 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah diadakan di Loon Sing Convention Hall Taman Daya baru-baru ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Nor Affendy bin Abd Khalid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Dalam Negeri.

Pihak MTPN telah memilih 39 buah syarikat daripada pelbagai industri sebagai pemenang-pemenang pada majlis itu melalui proses penaksiran dan pengauditan yang ketat dan telus.

“Anugerah Pilihan Pengguna merupakan suatu inisiatif (MTPN) untuk mengenal pasti perniagaan yang memberikan perkhidmatan yang unggul dan berintegriti kepada pengguna,” kata Tuan Masrudi bin Abd Rahman, Setiausaha Agung MTPN semasa memberi ucapan alu-aluan bagi mewakili Datuk Paduka Dr. Kevy Ky Yeo, Presiden Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna Negara.

“Program berprestij ini dapat menggalakkan kecemerlangan perniagaan di Malaysia serta mengenal pasti dan mendidik para peniaga akan pentingnya mengekalkan perniagaan yang beretika. Anugerah Pilihan Pengguna ini juga dapat membantu perniagaan tempatan bagi mendapatkan pengiktirafan istimewa yang menjadi standard pilihan pengguna,” katanya.

Majlis Tindakan Pengguna Negara ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua syarikat yang memenangi anugerah dan berharap mereka akan terus berinovasi dan berusaha untuk membawa lebih banyak perkhidmatan berkualiti kepada pengguna Malaysia di masa hadapan!

#majlistindakanpenggunanegara #ConsumersChoiceAward2022 #MajlisTindakanPenggunaNegara # programanugerah #loonsingconventioncenter #ccabatch52022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *