KPDNHEP Pantau Ketirisan Di Sempadan Pulau Sebatik
TAWAU, 17 JANUARI 2020 β Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberikan perhatian bagi membendung berlakunya ketirisan barangan bersubsidi ke negara jiran (Indonesia) memandangkan kepada faktor demografi Pulau Sebatik di Tawau terbahagi kepada dua buah negara. Pulau yang terletak kira-kira 15 minit jika perjalanan dengan bot dari bandar Tawau yang dipisahkan kepada Malaysia dan Indonesia itu, hari ini menerima kunjungan Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausahanya, Datuk Muez Abd Aziz, Pengarah Penguatkuasa, Datuk Iskandar Halim Sulaiman dan beberapa pegawai kementerian. Persinggahan di jeti Pos Sungai Melayu memberi peluang kepada ahli rombongan untuk beramah mesra dengan petugas-petugas yang
Read More