Home > 2020 > January > 21

PPPM Kajang Buka Lembaran Baharu Food Bank

KAJANG, 21 JANUARI 2020 β€“ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan bantuan rakan-rakan strategik serta penyumbang makanan dan bahan makanan telah membangunkan sebuah Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan (PPPM) bagi Program Food Bank Malaysia yang terletak di Bukit angkat, Kajang di sini. Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan (PPPM) yang dibangunkan ini seluas 5,000 kaki persegi dilengkapi dengan kemudahan asas dan ruangan pejabat serta akses kepada jalan raya yang baik. Ia juga dilengkapi dengan rak penyimpanan yang teratur, jentera fork-lift, bilik sejuk beku dengan waktu operasi antara 9.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari. PPPM diwujudkan untuk menjadi pusat pengumpulan dan pengagihan makanan yang disumbangkan

Read More