Home > 2020 > June > 11

PENGUATKUASAAN PEMATUHAN HARGA JUALAN RUNCIT PETROL DAN DIESEL OLEH KPDNHEP

PUTRAJAYA, 11 JUN 2020 - Penguatkuasaan terhadap pematuhan harga jualan runcit petrol dan diesel adalah lebih berkesan dibuat melalui Surat Arahan Pengawal Bekalan di bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961. Ini kerana AKB memperuntukkan hukuman yang lebih berat terhadap mana-mana syarikat minyak atau pengusaha stesen minyak yang didapati menjual melebihi harga yang ditetapkan. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi menyatakan di bawah AKB, kegagalan untuk mematuhi Arahan Pengawal Bekalan merupakan satu kesalahan dan hukuman penalti yang dikenakan adalah sehingga RM5 juta dengan lesen

Read More