Home > 2020 > July

Lawatan dan Disinfeksi di SKTD2

JOHOR BAHRU, 21 JULAI 2020 - Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo telah membuat lawatan ke SK Taman Daya 2 (SKTD2) bersama ahli-ahli MTPN yang lain untuk melawat lokasi projek-projek yang telah ditaja oleh pihak MTPN di sekitar SKTD2. Lawatan dari MTPN ini telah disambut baik oleh Guru Besar SKTD2, guru-guru dan kakitangan SKTD2 yang lain. Antara projek-projek yang disumbangkan dari pihak MTPN kepada SKTD2 ialah Laluan Pejalan Kaki dan Sudut Pendidikan Keselamatan Jalan Raya untuk kegunaan semua warga SKTD2 terutamanya pelajar-pelajar. Pihak MTPN berharap dengan sedikit sumbangan ini dapat membantu pihak SKTD2 dalam

Read More

Majlis Pelancaran Kempen Jom! Cegah Covid-19

JOHOR BAHRU, 20 JULAI 2020 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) yang diketuai oleh ????. Dato Paduka Dr . Kevy KV Yeo, Presiden MTPN telah mengadakan majlis pelancaran Kempen Jom! Cegah Covid-19 yang sedang giat dijalankan oleh seluruh kakitangan, wakil-wakil dan ahli-ahli sukarelawan MTPN di seluruh negara Malaysia. Kempen ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mazlan Bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor merangkap ADUN Puteri Wangsa. Turut hadir ke majlis pelancaran ini ialah YB Dr. Chong Fat Full, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Pemanis, DSP Mansor bin Omar, Ketua

Read More

Disinfeksi Percuma di SK Pendidikan Khas JB

JOHOR BAHRU, 4 JULAI 2020 - Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah memberikan khidmat disinfeksi secara percuma ke seluruh kawasan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPKJB) di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, Johor bagi membantu pihak sekolah untuk mencegah penularan wabak Covid-19 yg sedang melanda ketika ini. Pihak MTPN telah disambut baik oleh Guru Besar dan guru-guru SKPKJB dan seterusnya membantu memudahkan dan melancarkan aktiviti disinfeksi ini. Pihak MTPN yang diketuai oleh Presiden MTPN, YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo juga turut memberikan sumbangan mesin disinfeksi kepada pihak SKPKJB bagi kegunaan pihak sekolah untuk melakukan disinfeksi secara berkala selepas ini.

Read More

KEMPEN JOM! CEGAH COVID-19

Kempen Jom! Cegah Covid-19 sedang giat dijalankan oleh wakil-wakil dan ahli sukarelawan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) di beberapa premis sekitar JOHOR BAHRU. Selaras dengan Misi dan Visi Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dalam membantu menyelesaikan masalah yang mempengaruhi mutu hidup harian pengguna dan juga membantu meningkatkan kesejahteraan serta mengukuhkan ekonomi peniaga. Oleh itu, MTPN memperkenalkan satu bentuk program kempen “JOM! Cegah Covid-19”. Dengan menyediakan perkhidmatan pembasmian kuman secara percuma, kami bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menanamkan kesedaran mengenai pencegahan wabak dan mencegah penyebaran virus. Selain melindungi kesihatan dan keselamatan masyarakat umum, ia juga membantu menyelesaikan kualiti kehidupan seharian.Terima kasih kepada yang

Read More