Home > 2020 (Page 4)

KPDNHEP Pantau Ketirisan Di Sempadan Pulau Sebatik

TAWAU, 17 JANUARI 2020 – Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberikan perhatian bagi membendung berlakunya ketirisan barangan bersubsidi ke negara jiran (Indonesia) memandangkan kepada faktor demografi Pulau Sebatik di Tawau terbahagi kepada dua buah negara. Pulau yang terletak kira-kira 15 minit jika perjalanan dengan bot dari bandar Tawau yang dipisahkan kepada Malaysia dan Indonesia itu, hari ini menerima kunjungan Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausahanya, Datuk Muez Abd Aziz, Pengarah Penguatkuasa, Datuk Iskandar Halim Sulaiman dan beberapa pegawai kementerian. Persinggahan di jeti Pos Sungai Melayu memberi peluang kepada ahli rombongan untuk beramah mesra dengan petugas-petugas yang

Read More

16 Barangan Dikawal Semasa Pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2020

PUTRAJAYA, 15 JANUARI 2020 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenal pasti sebanyak 16 jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2020 berbanding 13 jenis barangan sebelum ini. Pertambahan barangan melibatkan cili merah, tomato dan ubi kentang import (China).  Kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, barang kering, hasil laut dan daging babi.  Kesemua barangan ini mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat yang menyambut perayaan, oleh itu kawalan harga dibuat ke atas barangan ini bagi menstabilkan harga dan bekalannya di pasaran.  Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika mengumumkan pelaksanakan  SHMMP Tahun Baru Cina 2020 di sini

Read More