Home > Home Slider > SIDANG MEDIA PELANCARAN PROGRAM ANUGERAH “BEST INTELLIGENT FIGURES (BIF)

SIDANG MEDIA PELANCARAN PROGRAM ANUGERAH “BEST INTELLIGENT FIGURES (BIF)

Johor Bahru, 01 Disember 2021 (Isnin) – Majlis Tindakan Pengguna Negara telah bekerjasama dengan syarikat akhbar, China Press bagi mengadakan Sidang Media pelancaran program anugerah “Best Intelligent Figures” (BIF).

Menurut Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo, Presiden MTPN, Anugerah BIF ini merupakan suatu anugerah untuk memberi penghargaan kepada para usahawan kecil yang telah berusaha sehabis baik sepanjang kehidupan mereka tetapi tiada sesiapa yang lihat usaha mereka dalam memaju dan menaikkan nama syarikat. Beliau berharap agar lebih ramai lagi usahawan yang mementingkan keharmonian dan mengutamakan hak – hak pengguna sepanjang kerjayanya, disamping menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mempengaruhi orang lain dan menjadi contoh dalam dunia perniagaan.

Tuan Presiden juga berharap agar anugerah ini berterusan mendapat sokongan yang hebat oleh masyarakat sehingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, beliau lihat 𝐶ℎ𝑖𝑛𝑎 𝑃𝑟𝑒𝑠𝑠 sangat teliti dalam mengendalikan isu hak pengguna di mana ia selari dengan objektif anugerah tersebut. Jadi, kerjasama ini dapat membantu kedua-dua pihak mencapai kesan publisiti yang hebat disamping meningkatkan kesedaran rakyat terhadap MTPN.

#Majlistindakanpenggunanegara #MTPNHQ # kuasapengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #ChinaPress #collabrorationprogram #anugerahMTPN2022 #Bestintelligentfigures #BIF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *