SELANGOR, 7 Januari 2022 – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, Selangor yang diketuai oleh Datoβ Dr. Gavin Voon (Yang Dipertua MTPN Cawangan Selangor) dan diiringi oleh Pengerusi MTPN Cawangan Hulu Langat dan beberapa jawatankuasa cawangan serta ahli sukarelawan yang lain.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menerangkan misi dan visi penubuhan MTPN Negeri Selangor kepada KPL Norhazura Binti Kamaluddin, Timbalan Ketua Polis Balai. Antara isu lain yang dibincangkan adalah mengenai situasi Hulu Langat yang dilanda banjir pada bulan Disember yang lalu serta kerjasama yang boleh dijalankan di Hulu Langat pada masa yang akan datang, terutamanya mengenai pemulihan banjir.
Terima kasih kepada KPL Norhazura Binti Kamaluddin (Timbalan Ketua Polis Balai) diatas kesudian melapangkan masa menerima kunjungan kami walaupun sibuk mengendalikan para pengguna yang terjejas akibat banjir. Diharapkan kerjasama ini dapat meningkatkan lagi kesedaran kepenggunaan sesama masyarakat.


