13 FEB 2023 – TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi International Water Technology Certified Institute (IWTI) yang diketuai oleh Presiden MTPN Kebangsaan Dato’ Paduka Dr.Kevy KV Yeo & En. Alston Tan Chaw Xian, merangkap Pengasas dan Presiden IWTI.
Turut hadir ialah, Timbalan Presiden IWTI En. Mohd Faiz Zulkifli, Penasihat Dr. Yeo Wee Ming, Ahli Jawatankuasa Dr. William Tan Kim Leong serta tetamu dan pegawai IWTI berkenaan.
Semoga dengan hasil dari kunjungan ini akan merapatkan lagi hubungan dua hala antara kedua belah pihak dan semoga segala aktiviti IWTI & MTPN mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pihak TYT.