Home > Home Slider > KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT SIRIM NEGERI JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT SIRIM NEGERI JOHOR

Johor, 19 Jun 2023 – Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat SIRIM Negeri Johor yang diketuai oleh Timbalan Presiden Kebangsaan, Tuan Malik Jamaran, bersama YDP MTPN Johor, Tuan Noorman Kamsani dan diiringi oleh wakil – wakil dari jawatankuasa pihak ibu pejabat MTPN.

Kedatangan pihak MTPN disambut baik oleh tuan pengarah SIRIM Negeri Johor iaitu Tuan Zulkefly B. Songip, bersama Puan Nurul Hayat Hj abd Jalal, selaku Timbalan Pengarah dan beberapa pegawai lain yang turut bersama – sama berkongsi segala idea dan pendapat bagi menambahbaik segala program dan aktiviti MTPN yang dapat memberikan manfaat kepada orang awam.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan MTPN dan objektif penubuhannya dan membincangkan cara yang tepat untuk mendidik pengguna mengamalkan perlindungan kendiri serta mempertingkatkan keupayaan pengguna terutama berkaitan hak mereka serta menerangkan program-program dan aktiviti berkaitan kepenggunaan yang boleh dijalankan bersama pada masa akan datang.Pihak SIRIM Berhad juga telah berkongsi mengenai pelbagai usahasama yang boleh dilaksanakan dan akan terus menyokong program – program MTPN yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

Seluruh pihak MTPN mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Zulkefly B. Songip di atas kesudian menerima kunjungan kami. Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala dan seterusnya bersama-sama membantu meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai sumbangan yang boleh diberikan kepada mereka di kemudian hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *