Home > 2025

KENYATAAN MEDIA MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA (21 Februari 2025)

Baru-baru ini, satu kenyataan palsu telah tersebar di beberapa platform media sosial yang mendakwa Majlis Tindakan Pengguna Negara terlibat dalam "THE GURU SCAM NETWORK". MTPN dengan sesungguhnya mengisytiharkan bahawa MTPN TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN β€œTHE GURU SCAM NETWORK" Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana - mana agensi atau syarikat yang terlibat dengan penipuan pengguna, penggubalan Wang Haram,  dan sebagainya, serta tidak pernah terlibat dalam mempromosikan, atau menyokong mana-mana aktiviti mereka. Sebarang dakwaan atau kenyataan yang mengaitkan MTPN dengan entiti tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan masyarakat. Sebagai sebuah organisasi yang berpegang teguh kepada

Read More

𝐅𝐔𝐍 π–π€π‹πŠ ππ‹πŽπŽπƒ π’π„π„πŠπ„π‘π’ πŸπŸŽπŸπŸ’

30 Nov, Johor Bahru - Program Fun Walk Blood Seekers 2024 yang dianjurkan oleh Unit Perubatan Transfusi Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan kerjasama Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah diadakan di Eco Spring Sales Gallery, Johor Bahru. Program ini yang dihadiri oleh seramai 600 pernyertaan telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr Khairul Rizal bin Othman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor (Perubatan) diiringi oleh Dr. Mohd Redzuan bin Abdullah, Ketua Unit Perubatan Transfusi HSI. Turut hadir Dr Mohd Fathi Zaki bin Mohd Zakaria, Timbalan Pengarah Hospital (Perubatan) 2 HSI dan Dato' Paduka Dr. Kevy KV Yeo, Presiden Kebangsaan MTPN serta barisan Timbalan

Read More

BELANJAWAN 2025 : KPDN, KASTAM DIPERUNTUK RM60 JUTA TINGKAT BANTERAS PENYELUDUPAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diperuntukan RM60 juta bagi mempertingkatkan usaha-usaha membanteras aktiviti penyeludupan sekali gus membanteras ketirisan wang rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sejak 2022 hingga September lalu, kedua-dua agensi itu berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dengan hasil rampasan mencecah hampir RM2 bilion. Dalam pada itu, katanya kerajaan memperuntukkan RM27 juta kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk membanteras penguasaan kartel dan penipuan bida. "Tahun hadapan, MyCC disediakan RM27 juta untuk terus memecahkan tembok penguasaan kartel," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Anwar berkata

Read More

KPDN, JPJ bertemu minggu depan, cari penyelesaian kegiatan ejen tipu pemeriksaan PUSPAKOM

KUALA LUMPUR: Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bertemu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi perbincangan mengenai kegiatan 'ejen kosmetik' yang menyediakan khidmat kepada kenderaan berat termasuk 'sewa tayar' pada minggu depan. Antara lain, perbincangan itu dijangka memberi perhatian kepada bidang kuasa yang boleh diperhalusi bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil secara bersama oleh kedua-dua agensi terbabit terhadap pihak berkenaan. Ketua Pengarah Penguatkuasaan KPDN, Datuk Azman Adam, ketika mengesahkan pertemuan itu, berkata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, ada menghubunginya semalam.Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat berkongsi butiran perbincangan di antara mereka sehingga pertemuan yang dirancang itu berlangsung"Biar kita bincang

Read More

MALAYSIA INFLUENTIAL WOMEN ENTREPRENEUR 2024 (MIWE)

Selangor, 26 Oktober 2024 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Pengiktirafan Malaysia Influential Women Entrepreneur 2024 bertempat di Geno Hotel, Selangor. Majlis ini bertujuan meraikan pencapaian dan sumbangan usahawan wanita yang berpengaruh dalam memajukan ekonomi negara serta memberi inspirasi kepada komuniti perniagaan di Malaysia. Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri oleh tokoh-tokoh korporat, pemimpin masyarakat, dan wakil-wakil organisasi wanita. Penerima pengiktirafan terdiri daripada wanita usahawan cemerlang yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam inovasi, pembangunan perniagaan, serta penglibatan aktif dalam tanggungjawab sosial. Tahniah diucapkan kepada semua penerima pengiktirafan atas pencapaian luar biasa mereka. Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin

Read More

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π ππŽπ‹πˆππ† ππˆπ€π‹π€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

Selangor, 20 Oktober 2024 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor (JPPM) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Boling Piala Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Subang Jaya, Selangor bersempena dengan Hari Sukan Negara. Di kesempatan ini, seluruh pihak MTPN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPPM kerana telah membuka peluang dan ruang kepada pihak MTPN dalam meluaskan lagi nama dan kerjasama dalam aktiviti bersama pengguna seperti ini. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan syabas kepada semua peserta dan pemenang yang telah menunjukkan sokongan dan bakat masing - masing semasa

Read More