Home > Home Post > KENYATAAN MEDIA MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA (21 Februari 2025)

KENYATAAN MEDIA MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA (21 Februari 2025)

Baru-baru ini, satu kenyataan palsu telah tersebar di beberapa platform media sosial yang mendakwa Majlis Tindakan Pengguna Negara terlibat dalam “THE GURU SCAM NETWORK”.

MTPN dengan sesungguhnya mengisytiharkan bahawa MTPN TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN “THE GURU SCAM NETWORK”

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana – mana agensi atau syarikat yang terlibat dengan penipuan pengguna, penggubalan Wang Haram,  dan sebagainya, serta tidak pernah terlibat dalam mempromosikan, atau menyokong mana-mana aktiviti mereka. Sebarang dakwaan atau kenyataan yang mengaitkan MTPN dengan entiti tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan masyarakat.

Sebagai sebuah organisasi yang berpegang teguh kepada prinsip integriti dan profesionalisme, MTPN tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku atau penyalahgunaan nama organisasi kami. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana ahli yang terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral atau bertentangan dengan nilai serta objektif MTPN.

MTPN turut memperjuangkan agenda pembaharuan dasar-dasar dan undang-undang dalam kepenggunaan dan perdagangan dengan mengkaji, menyelidik dan mendapatkan maklumbalas berkaitan kesedaran masyarakat mengenai hak-hak pengguna. MTPN sentiasa mempertahankan dan mewakili kepentingan masyarakat terutamanya golongan pengguna dan peniaga dalam mendepani pelbagai isu kepenggunaan dengan menyalurkan segala aduan, permasalahan dan cadangan penyelesaian kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab di peringkat kementerian-kementerian, jabatan dan agensi kerajaan persekutuan atau negeri, dan termasuk badan-badan antarabangsa.
Sehubungan itu, MTPN telah mengumpul semua bukti seperti pelbagai perkongsian hantaran dan komen – komen individu di media sosial yang sewenang – wenangnya melemparkan tuduhan tidak berasas kepada MTPN. Justeru, kami telah mengambil tindakan dengan melaporkan perkara ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia bagi memastikan nama baik organisasi serta ahli-ahli kami terpelihara. Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat mana-mana pihak yang menyalahgunakan nama MTPN untuk kepentingan peribadi atau aktiviti yang mencemarkan reputasi organisasi

* MTPN menyeru orang ramai agar berhati-hati dan mendapatkan maklumat sahih mengenai MTPN hanya melalui saluran rasmi kami. Kami kekal komited dalam memperjuangkan hak pengguna dan memastikan perniagaan yang beretika serta bertanggungjawab di negara ini.

https://www.facebook.com/share/p/15KKa9oyTj

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *