Home > Home Post > 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐓𝐏𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 (𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐒)

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐓𝐏𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 (𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐒)

Kuala Lumpur, 16 Jun 2026 – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah mengadakan kunjungan hormat ke Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasakan pembangunan usahawan serta memperluaskan jaringan perniagaan di Malaysia.

Perbincangan yang berlangsung memberi tumpuan kepada penerokaan peluang kolaborasi melalui 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐂𝐨𝐧𝐧𝐞𝐜𝐭 & 𝐍𝐞𝐭𝐰𝐨𝐫𝐤, yang berperanan sebagai platform untuk menghubungkan usahawan, memperluaskan rangkaian perniagaan serta membuka peluang kerjasama yang mampu meningkatkan daya saing perusahaan tempatan.

MTPN percaya bahawa jalinan kerjasama strategik bersama PERNAS mampu menyokong pembangunan ekosistem keusahawanan yang lebih mampan melalui perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti serta inisiatif yang memberi manfaat kepada usahawan, peniaga dan pengguna.

MTPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) atas kesudian menerima kunjungan hormat ini. Semoga perbincangan yang diadakan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai program yang memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi dan komuniti perniagaan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *