Kuala Lumpur, 16 Jun 2026 – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah mengadakan kunjungan hormat ke Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasakan pembangunan usahawan serta memperluaskan jaringan perniagaan di Malaysia.
Perbincangan yang berlangsung memberi tumpuan kepada penerokaan peluang kolaborasi melalui ππ«π¨π π«ππ¦ ππ¨π§π§πππ & ππππ°π¨π«π€, yang berperanan sebagai platform untuk menghubungkan usahawan, memperluaskan rangkaian perniagaan serta membuka peluang kerjasama yang mampu meningkatkan daya saing perusahaan tempatan.
MTPN percaya bahawa jalinan kerjasama strategik bersama PERNAS mampu menyokong pembangunan ekosistem keusahawanan yang lebih mampan melalui perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti serta inisiatif yang memberi manfaat kepada usahawan, peniaga dan pengguna.
MTPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) atas kesudian menerima kunjungan hormat ini. Semoga perbincangan yang diadakan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai program yang memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi dan komuniti perniagaan negara.
