Pasukan Khas Bakal Ditubuhkan Oleh KPDNKK Untuk Meninjau Harga Di Pasaran
IPOH, 25 NOVEMBER 2017 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji harga barangan di pasaran yang pada masa kini dianggap tinggi dan membebankan rakyat. Katanya, kenaikan harga barang yang berlaku tidak hanya pada makanan tetapi juga melibatkan kos pengangkutan dan utiliti menyebabkan rakyat memberikan pelbagai persepsi terhadap KPDNKK dan kerajaan. Melalui pemerhatian yang dibuat, Dato’ Seri Dr. Zahid berkata, walaupun kos pengeluaran dan margin keuntungan telah diambil kira harga pasaran yang diletakkan adalah masih tinggi. Menurutnya lagi, keadaan menunjukkan keadaan ekonomi negara bertambah baik
Read More