Home > Info Terkini (Page 3)

KPDNHEP SAMBUT BAIK PENJANA

PUTRAJAYA, 5 JUN 2020 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik usaha kerajaan untuk menjalankan kempen ‘Shop Malaysia Online’ seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA, hari ini.   Sebagai sebuah Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan, langkah yang diambil ini tepat pada masanya, dalam usaha kita memulihkan ekonomi rakyat dan negara yang terkesan disebabkan penularan wabak Covid-19. ‘Shop Malaysia Online’ bertujuan menggalakkan rakyat berbelanja secara atas talian dan menyediakan platform kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka. Kod promosi dan pelbagai baucar diskaun akan diberikan

Read More

Pasar makanan laut Wuhan bukan satu-satunya punca penularan coronavirus – Pakar

BEIJING: Pasar makanan laut di Wuhan, wilayah Hubei mungkin bukan satu-satunya sumber kepada penularan wabak coronavirus (2019-nCoV), kata pakar paru-paru di China, lapor agensi berita Xinhua. Naib Pengarah Hospital Wuhan Jinyintan, Huang Chaolin, dalam satu wawancara dengan majalah perniagaan Caixin baru-baru ini berkata, mungkin terdapat beberapa tempat lain di mana virus itu mula-mula disebarkan kepada manusia. Hospital itu antara pusat perubatan dikhaskan untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus berkenaan. Huang dan pasukannya baru-baru ini menerbitkan sebuah artikel di Lancet, jurnal perubatan umum terkemuka dunia, berkaitan beberapa penemuan awal mengenai data klinikal coronavirus membabitkan 41 kes yang terawal. Pesakit pertama yang dimasukkan ke hospital Huang

Read More

INFOGRAFIK : Novel Coronavirus (2019-nCoV)

Apa itu Coronavirus? Fakta Penting Langkah - Langkah Melindungi Langkah - Langkah Kesiapsiagaan dan Respon KKM #1 Langkah - Langkah Kesiapsiagaan dan Respon KKM #2 Bilangan Pengimbas Haba Di Malaysia Langkah Pencegahan Penularan Novel Coronavirus (2019-nCoV) bagi Barangan dari China Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysiahttp://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2264

Read More

PPPM Kajang Buka Lembaran Baharu Food Bank

KAJANG, 21 JANUARI 2020 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan bantuan rakan-rakan strategik serta penyumbang makanan dan bahan makanan telah membangunkan sebuah Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan (PPPM) bagi Program Food Bank Malaysia yang terletak di Bukit angkat, Kajang di sini. Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan (PPPM) yang dibangunkan ini seluas 5,000 kaki persegi dilengkapi dengan kemudahan asas dan ruangan pejabat serta akses kepada jalan raya yang baik. Ia juga dilengkapi dengan rak penyimpanan yang teratur, jentera fork-lift, bilik sejuk beku dengan waktu operasi antara 9.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari. PPPM diwujudkan untuk menjadi pusat pengumpulan dan pengagihan makanan yang disumbangkan

Read More

Penguatkuasa Perkenal IEMS Untuk Tugas-Tugas Penguatkuasaan

KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2020 – Sistem pengurusan penguatkuasaan Bersepadu (IEMS) yang dilancarkan hari ini oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjadi inovasi terkini bagi mempertingkatkan tugas-tugas penguatkuasaan. Kaedah konvensional yang diguna pakai sejak 47 tahun lalu iaitu cara pengkompaunan on the spot secara manual agak ketinggalan dalam era teknologi masa kini. Sebanyak 72 cawangan bahagian penguatkuasa di setiap daerah di negara ini kecuali Bahagian penguatkuasa di Ibu pejabat mula menggunakan sistem baharu ini dalam tugas-tugas penguatkuasaan dengan bermulanya Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina hari ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal

Read More

KPDNHEP Pantau Ketirisan Di Sempadan Pulau Sebatik

TAWAU, 17 JANUARI 2020 – Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberikan perhatian bagi membendung berlakunya ketirisan barangan bersubsidi ke negara jiran (Indonesia) memandangkan kepada faktor demografi Pulau Sebatik di Tawau terbahagi kepada dua buah negara. Pulau yang terletak kira-kira 15 minit jika perjalanan dengan bot dari bandar Tawau yang dipisahkan kepada Malaysia dan Indonesia itu, hari ini menerima kunjungan Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausahanya, Datuk Muez Abd Aziz, Pengarah Penguatkuasa, Datuk Iskandar Halim Sulaiman dan beberapa pegawai kementerian. Persinggahan di jeti Pos Sungai Melayu memberi peluang kepada ahli rombongan untuk beramah mesra dengan petugas-petugas yang

Read More

16 Barangan Dikawal Semasa Pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2020

PUTRAJAYA, 15 JANUARI 2020 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenal pasti sebanyak 16 jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2020 berbanding 13 jenis barangan sebelum ini. Pertambahan barangan melibatkan cili merah, tomato dan ubi kentang import (China).  Kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, barang kering, hasil laut dan daging babi.  Kesemua barangan ini mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat yang menyambut perayaan, oleh itu kawalan harga dibuat ke atas barangan ini bagi menstabilkan harga dan bekalannya di pasaran.  Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika mengumumkan pelaksanakan  SHMMP Tahun Baru Cina 2020 di sini

Read More

7 APPLIKASI DIKESAN MELAKUKAN INTIPAN TERHADAP PENGGUNA!

BUANG SEGERA 7 APPLIKASI INI DALAM PERANTI ANDA!! Penyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat Avast yang berpengkalan di Republik Czech telah menyenaraikan tujuh aplikasi dalam Google Play Store yang didapati melakukan intipan terhadap para pengguna melalui peranti pintar.  Aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.  Aplikasi-aplikasi tersebut ialah:1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free;2. Spy Kids Tracker;3. Phone Cell Tracker;4. Mobile Tracking;5. Spy Tracker;6. SMS Tracker; dan7. Employee Work Spy. Kesemua aplikasi berkenaan telahpun dibuang oleh pihak Google dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000

Read More

TURUN PADANG JUMPA PENGGUNA

SIBU, 7 JULAI 2019 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengadakan program turun padang dengan mengadakan lawatan ke Rumah Panjang Ganda, Wak Pakan dalam daerah Sibu. Kehadiran beliau yang disertai Ahli Parlimen Julau, Tuan Larry Sng Wei Shiendan Ahli Parlimen Lubuk Antu ke rumah panjang ini bersempena program Berambeh dan Kepenggunaan anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sibu dan KPDNHEP Negeri Sarawak. Berambeh atau bermaksud berkumpul beramai-ramai ini membawa bersama gerai –gerai pameran dari pelbagai agensi tempatan seperti cawangan Narkotik Polis Di Raja Malaysia Daerah Julau, Pejabat Kesihatan , Pejabat Kebajikan Masyarakat,

Read More

Memelihara Kehijauan Bumi

SELAMA, 2 DISEMBER 2017 – Program menanam pokok sempena sambutan Ulangtahun Kelima AEON Big telah diadakan di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Perak, Larut, Selama pagi ini. Program yang dirasmikan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin itu disertai kira-kira 200 peserta. Benih pokok buah-buahan seperti durian, mempelam, rambutan adalah di antara kira-kira 2000 benih pokok yang ditanam sempena program keindahan dan kehijauan alam sekitar itu. AEON Big yang memilih tema “TERIMA KASIH MALAYSIA DI ATAS SOKONGAN BESAR AND ” dilaksanakan dengan usahasama KPDNKK. Kementerian ini juga sentiasa menyokong usaha yang dijalankan oleh pihak AEON termasuk

Read More