Home > Info Pengguna

KENYATAAN MEDIA MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA (21 Februari 2025)

Baru-baru ini, satu kenyataan palsu telah tersebar di beberapa platform media sosial yang mendakwa Majlis Tindakan Pengguna Negara terlibat dalam "THE GURU SCAM NETWORK". MTPN dengan sesungguhnya mengisytiharkan bahawa MTPN TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN “THE GURU SCAM NETWORK" Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana - mana agensi atau syarikat yang terlibat dengan penipuan pengguna, penggubalan Wang Haram,  dan sebagainya, serta tidak pernah terlibat dalam mempromosikan, atau menyokong mana-mana aktiviti mereka. Sebarang dakwaan atau kenyataan yang mengaitkan MTPN dengan entiti tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan masyarakat. Sebagai sebuah organisasi yang berpegang teguh kepada

Read More

BELANJAWAN 2025 : KPDN, KASTAM DIPERUNTUK RM60 JUTA TINGKAT BANTERAS PENYELUDUPAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diperuntukan RM60 juta bagi mempertingkatkan usaha-usaha membanteras aktiviti penyeludupan sekali gus membanteras ketirisan wang rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sejak 2022 hingga September lalu, kedua-dua agensi itu berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dengan hasil rampasan mencecah hampir RM2 bilion. Dalam pada itu, katanya kerajaan memperuntukkan RM27 juta kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk membanteras penguasaan kartel dan penipuan bida. "Tahun hadapan, MyCC disediakan RM27 juta untuk terus memecahkan tembok penguasaan kartel," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Anwar berkata

Read More

KPDN, JPJ bertemu minggu depan, cari penyelesaian kegiatan ejen tipu pemeriksaan PUSPAKOM

KUALA LUMPUR: Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bertemu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi perbincangan mengenai kegiatan 'ejen kosmetik' yang menyediakan khidmat kepada kenderaan berat termasuk 'sewa tayar' pada minggu depan. Antara lain, perbincangan itu dijangka memberi perhatian kepada bidang kuasa yang boleh diperhalusi bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil secara bersama oleh kedua-dua agensi terbabit terhadap pihak berkenaan. Ketua Pengarah Penguatkuasaan KPDN, Datuk Azman Adam, ketika mengesahkan pertemuan itu, berkata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, ada menghubunginya semalam.Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat berkongsi butiran perbincangan di antara mereka sehingga pertemuan yang dirancang itu berlangsung"Biar kita bincang

Read More

BERAS MADANI BAKAL BERI KESAN TERHADAP KOS HIDUP RAKYAT – MTPN JOHOR

JOHOR BAHRU: Cadangan memperkenalkan beras putih Malaysia Madani di pasaran didakwa bakal memberi kesan terhadap kos hidup rakyat.Yang di-Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Johor, Noorman Kamsani berkata, ini kerana beras Madani itu cuma lebih kepada penjenamaan semula dengan harga baharu yang lebih mahal daripada harga beras tempatan."Jika sebelum ini harga beras super tempatan RM26 dengan kadar kandungan beras hancur sekitar lima hingga tujuh peratus bagi pek 10 kilogram, kualiti beras Madani dengan harga RM30 pula sepatutnya mempunyai kandungan beras hancur lebih kurang daripada itu bagi menjamin kualiti makanan ruji rakyat ini. "Kenaikan harga beras memberi impak besar terhadap kos

Read More

PADU: KERAJAAN PERLU BERI JAMINAN DATA PENGGUNA SELAMAT

Kuala Lumpur: Pelaksanaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) perlu seiring dengan penggubalan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) bagi memastikan orang ramai yakin maklumat mereka selamat dan tidak terdedah dengan risiko kebocoran data. Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jalil berkata, ancaman pengodaman dan kecurian data pada masa ini semakin hebat selari dengan cabaran perkembangan teknologi semasa terutama kecerdasan buatan (AI). Justeru, katanya, tiba masanya kerajaan memikirkan kaedah tuntas bagi menangani ancaman ini terlebih dahulu memandangkan sistem PADU juga berisiko terdedah dengan ancaman ini. "Data peribadi sekarang bukan macam 20 tahun dahulu, tetapi hari ini ia sensitif kerana terdedah dengan ancaman banyak pengodam,

Read More

USAH BERDEBAT ISU AIR, DIDIK PENGGUNA BERJIMAT – CAP

GEORGE TOWN – Sekarang bukan masa yang sesuai untuk berdebat mengenai isu bekalan air di Pulau Pinang serta isu-isu lain ketika rakyat negeri ini sedang bersedia untuk menghadapi gangguan bekalan air selama 96 jam, bermula Rabu ini. Sebaliknya, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow berkata, ini adalah masa yang terbaik untuk mendidik orang ramai cara menjimatkan penggunaan air. Menurutnya, dalam hal ini, ahli politik di Pulau Pinang sepatutnya memainkan peranan masing-masing dengan ‘mengajar’ orang ramai untuk ‘menghormati’ air. “Tidak ada gunanya (ahli politik) menuding jari kepada orang lain tentang siapa yang salah serta siapa yang betul dan sudah tiba masanya

Read More

SENTIASA BIJAK GUNA HAK PENGGUNA KETIKA MEMBELI

Tawau: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima 8,555 aduan berhubung harga barang mahal sejak Mac 2020 hingga semalam. Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, bagaimanapun apabila aduan itu disiasat, pihaknya mendapati kebanyakan kes hanya berlaku di sesetengah tempat tertentu sahaja atau dikategorikan sebagai kes terpencil. "Selepas penguat kuasa KPDNHEP mengesan dan meneliti semua aduan yang dilaporkan, tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak terbabit," katanya selepas menyempurnakan pelancaran Program Jualan Keluarga Malaysia, di sini, hari ini. Beliau berkata, orang ramai wajar menggunakan peranan 'hak pengguna' untuk memilih barang dengan bijak dan membuat aduan kepada pihak berkuasa jika berlaku penipuan jualan. Menurutnya, pada

Read More

‘HUBUNGI AKPK UNTUK STRUKTUR SEMULA PINJAMAN KERETA’

KUALA LUMPUR: Pengguna yang masih mempunyai hutang sewa beli kereta yang terjejas akibat banjir atau tamat tempoh moratorium dinasihat tidak melarikan diri daripada bank, sebaliknya mendapatkan khidmat nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kesukaran dihadapi pengguna terjejas juga sepatutnya tidak dibebani terus oleh pihak bank, sebaliknya memberi peluang mereka membuat penstrukturan semula dengan AKPK. "Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 memberi banyak kesan kepada rakyat. Ada yang kehilangan pekerjaan dan tidak kurang juga gaji dipotong. "Bank sudah memberi moratorium, tetapi memasuki 2022, ia ditamatkan. Ditambah pula bencana banjir baru-baru

Read More

KENYATAAN AKHBAR KPK 4 JANUARI 2022 – ISU PENGGUNAAN PAKU BAGI MEMBUNGKUS MAKANAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penggunaan paku bagi membungkus makanan yang telah tular di media sosial baru-baru ini, serta pandangan pelbagai pihak yang khuatir akan bahaya trend kaedah pembungkusan makanan yang tidak selamat ini. Menurut Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh menyimpan, membawa, menyebarkan atau menggunakan apa-apa bahan asing, beracun, berbahaya atau merosakkan yang terkandung pada mana-mana makanan hingga boleh mendedahkan makanan yang hendak dijual kepada risiko pencemaran oleh bahan-bahan tersebut. Selain itu, di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan

Read More

KKM, KPDNHEP TETAPKAN HARGA MAKSIMUM CORONAVAC, COVILO

PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan harga borong dan runcit maksimum bagi dua produk vaksin COVID-19 iaitu jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm. Harga borong dan runcit maksimum bagi vaksin CoronaVac masing-masing ditetapkan RM62 dan RM77 setiap dos, manakala Covilo masing-masing pada RM49 dan RM61. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan bersama menjelaskan penetapan harga itu dibuat dalam usaha mengelakkan vaksin COVID-19 dijual pada harga terlalu tinggi di pasaran. Menurut kenyataan itu, penguatkuasaan perintah yang berkuat kuasa pada 15 Januari ini mengikut Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 akan dilaksanakan

Read More