Home > Program & Aktiviti (Page 4)

KUNJUNGAN HORMAT MTPN SELANGOR KE BALAI POLIS BATU 14 HULU LANGAT, SELANGOR

SELANGOR, 7 Januari 2022 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, Selangor yang diketuai oleh Dato’ Dr. Gavin Voon (Yang Dipertua MTPN Cawangan Selangor) dan diiringi oleh Pengerusi MTPN Cawangan Hulu Langat dan beberapa jawatankuasa cawangan serta ahli sukarelawan yang lain. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menerangkan misi dan visi penubuhan MTPN Negeri Selangor kepada KPL Norhazura Binti Kamaluddin, Timbalan Ketua Polis Balai. Antara isu lain yang dibincangkan adalah mengenai situasi Hulu Langat yang dilanda banjir pada bulan Disember yang lalu serta kerjasama yang boleh dijalankan di Hulu

Read More

MISI BANTUAN PASCA BANJIR

Selangor, 27 Disember 2021 - seramai 60 orang ahli dan sukarelawan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) daripada negeri Johor, Selangor dan Kuala Lumpur menyertai misi kemanusian pasca banjir di Hulu Langat, Selangor pada kali ini. Turut serta turun padang, presiden MTPN kebangsaan Dato' Paduka Dr. Kevy Yeo. Kami membantu penduduk di sekitar Kampung Batu 14 hingga Batu 18 membersihkan kawasan rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah. Selain itu, barangan bantuan makanan dan keperluan seperti dapur memasak, tong gas, tilam dan peralatan solat juga turut kami agihkan kepada mereka yang memerlukan. Seluruh Pihak MTPN mengucapkan ribuan terima kasih atas kerja keras, usaha dan

Read More

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

KUALA LUMPUR, 12 April 2021 - MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA (MTPN) bersama UMCCED telah mengadakan MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAM, MEMORANDUM OF UNDESTANDING (MOU) antara pihak MTPN, UMCCed dan institusi – institusi yang berdaftar di Dewan Banquet, PAUM Club House Universiti Malaya. Turut hadir bersama bagi menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman ini, Yang Berhormat Dato' Mansor Bin Hj Othman, Timbalan Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Memorandum Persefahaman ini bertujuan untuk : MENGIKTIRAF hubungan yang wujud antara semua pihak yang terlibat terutamanya institusi-institusi yang berdaftar.BERHASRAT untuk memperkukuh dan membangunkan lagi kerjasama dalam bidang pendidikan dan pengajian tinggi.MEYAKINI keperluan kerjasama yang berpanjangan dan berkesan demi kepentingan

Read More

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CONSUMER’S CHOICE AWARD 2021

Johor Bahru, 18 Disember 2021 – Majlis penyampaian anugerah Consumer’s Choice Award (CCA) 2021, dirasmikan oleh Tuan Haji Miswan Bin Yunus, Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru merangkap wakil rasmi kepada Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru. Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) merakamkan jutaan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan dan swasta, individu dan syarikat - syarikat penaja, urusetia dan semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis "Penyampaian Anugerah Pilihan Pengguna 2021 pada kali ini. Pihak MTPN juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemenang syarikat yang amat berdedikasi dalam memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang. Kami berharap

Read More

SIDANG MEDIA PELANCARAN PROGRAM ANUGERAH “BEST INTELLIGENT FIGURES (BIF)

Johor Bahru, 01 Disember 2021 (Isnin) - Majlis Tindakan Pengguna Negara telah bekerjasama dengan syarikat akhbar, China Press bagi mengadakan Sidang Media pelancaran program anugerah "Best Intelligent Figures" (BIF). Menurut Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo, Presiden MTPN, Anugerah BIF ini merupakan suatu anugerah untuk memberi penghargaan kepada para usahawan kecil yang telah berusaha sehabis baik sepanjang kehidupan mereka tetapi tiada sesiapa yang lihat usaha mereka dalam memaju dan menaikkan nama syarikat. Beliau berharap agar lebih ramai lagi usahawan yang mementingkan keharmonian dan mengutamakan hak – hak pengguna sepanjang kerjayanya, disamping menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mempengaruhi orang lain dan menjadi

Read More

KEMPEN “SEBUTIR NASI, SEJUTA KASIH” & JOM! CEGAH COVID-19

JOHOR, 21 & 22 Disember 2020 – Kempen “Sebutir Nasi, Sejuta Kasih | Jom! Cegah Covid-19 Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), bersama-sama dengan Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia (YMLM), mengunjungi beberapa rumah kebajikan untuk memberi sedikit sumbangan makanan serta memberikan perkhidmatan disinfeksi secara percuma di seluruh kawasan kediaman mereka disamping merapatkan lagi hubungan sesama masyarakat. HEALTH AND  JOY BOYS CENTRE PERSATUAN KEBAJIKAN MESRA MEGAH RIA JOHOR BAHRU PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN KUAN YIN RUMAH CHESHIRE JOHOR RUMAH ORANG – ORANG TUA SUKARELA PANDAN RUMAH SEJAHTERA SENAI PERSATUAN PENJAGAAN KANAK – KANAK TERENCAT AKAL JOHOR PERSATUAN KEBAJIKAN WARGA EMAS CI SHAN, SKUDAI, JOHOR PERSATUAN KEBAJIKAN ORANG TUA CERIA JOHOR BAHRU, JOHOR SHERUN OLD FOLK

Read More

BANTUAN KILAT MANGSA BANJIR DI PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA PARLIMEN TEBRAU, JOHOR

Johor Bahru, 02 November 2021 – ekoran banjir yang melanda negeri ini berpunca daripada hujan sederhana lebat yang berpanjangan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Selain itu, Sebuah laluan di Jalan Pengerang-Kota Tinggi juga terpaksa ditutup sementara setelah ditenggelami air akibat banjir. Daerah Johor Bahru terjejas teruk akibat bencana banjir apabila seramai 690 mangsa daripada 189 keluarga dipindahkan ke sembilan PPS di daerah  tersebut. Difahamkan kesemua mangsa banjir yang dipindahkan itu datangnya daripada 18 buah kampung yang terjejas bencana banjir dan sebuah Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Sam Poh. Majlis Tindakan Pengguna Negara - Negeri Johor dan Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia (YMLM)

Read More

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN JOM! CEGAH COVID-19 SEMPENA PENUBUHAN MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGERI MELAKA

MELAKA, 20 SEPTEMBER 2020 – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) yang diketuai oleh ????. ???? ?????? ??. ???? ?? ???, Presiden MTPN dan Yang di Pertua MTPN Melaka Ms. Renee Cheng telah mengadakan majlis pelancaran Kempen Jom! Cegah Covid-19 Sempena Penubuhan Majlis tindakan Pengguna Negeri-negeri Melaka yang sedang giat dijalankan oleh seluruh kakitangan, wakil-wakil dan ahli-ahli sukarelawan MTPN di seluruh negara Malaysia. Kempen ini telah dirasmikan oleh ?? Datuk Wira Ar.Hj.Ismail Bin Othman, EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka. Turut hadir ke majlis pelancaran ini ialah Pn. Assiqah, wakil Pengarah, YBRS. Pn Norena Binti Jaafar,

Read More

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (PENGURUSAN HALAL)

Johor, 07 Disember 2020 – Setiausaha Agung MTPN,Tuan Masrudi Abd Rahman hari ini menyantuni Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAINJ, Tn Hj Mustafa Bin Omar untuk mendapatkan maklumat dan memahami lebih lanjut berkenaan prosuder-prosuder yang telah ditetapkan oleh Pihak Jakim berkaitan permohonan sijil Halal Malaysia. Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil Halal kepada pengusaha produk makanan dan barang gunaan orang Islam,premis makanan dan rumah sembelihan yang berada di Negeri Johor dan hasil produk untuk dipasarkan dalam Malaysia atau luar negara. Rumusan daripada kunjungan hormat ini,pihak Jainj menasihatkan supaya pemohon-pemohon datang terus ke pejabat Bahagian Pengurusan Halal JAINJ

Read More

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT KPDNHEP NEGERI SELANGOR

Selangor, 12 November 2020 – YBhg Dato Gavin Voon  (Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Selangor ) diiringi Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat KPDNHEP Negeri Selangor dan telah disambut baik Ybrs. Tuan Zikril Azan B. Abdullah, Pengarah KPDNHEP Negeri Selangor dan kakitangan KPDNHEP Negeri Selangor yang lain. Selain itu mereka turut membincangkan tentang kerjasama dan program-program yang boleh dijalankan di Negeri Selangor pada masa akan datang dalam usaha meningkatkan kesedaran pengguna kepada semua pengguna di negara ini, khususnya di negeri Selangor ini. Yang Dipertua Mtpn Selangor Dato' Gavin Voon mengambil inisiatif untuk memanjangkan aduan - aduan yang

Read More