COVID-19: KKM tambah 1,899 pelantikan petugas kesihatan secara kontrak
KUALA LUMPUR:Β Kementerian Kesihatan Malaysia akan menambah sebanyak 1, 899 petugas kesihatan melalui pelantikan kontrak bagi tujuan menyokong perkhidmatan kesihatan semasa penularan wabak COVID-19. Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba menerusi laman Twitter beliau hari ini. Kenyataan itu turut menekankan bahawa KKM telah pun mengambil langkah segera dengan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah, Sabah dan Selangor. Namun, selaras dengan perkembangan semasa yang menunjukkan trend peningkatan semula wabak COVID-19, tambahan seterusnya diperlukan bagi petugas kesihatan. BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI Antara petugas kesihatan sokongan tambahan yang dipohon adalah pegawai penyelidik, jururawat, penolong pegawai
Read More