MAJLIS PERASMIAN JUALAN PRA RAMADHAN MELAKA MADANI 2023
Melaka, 21 Mac 2023 – Telah berlangsung Majlis Perasmian Jualan Pra Ramadhan Melaka Madani 2023 anjuran Biro Ekonomi Biro Dakwah Dunia Melayu Dunia Islam (DMDi) di Tapak Pasar Tani Bazar Ramadhan Bukit Katil, Melaka.Majlis ini telah dirasmikan Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Turut hadir bersama dalam majlis ini iaitu Pengarah KPDKSH Pn. Norena Jaafar bersama Ketua Penguatkuasa Negeri Melaka, Tn Rohaimi. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang majlis perasmian ini adalah seperti :- Jualan murah telur ayam, daging ayam & daging lembu segar sumbangan FAMA- Bantuan bekalan Rahmah & Minyak Masak 1kg RM2
Read More