Home > Home Slider > Sambutan Karnival Pengguna Negeri Selangor

Sambutan Karnival Pengguna Negeri Selangor

SHAH ALAM, AHAD 20 Mac 2022 – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor, YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni telah merasmikan Sambutan Karnival Pengguna Negeri Selangor 2022 yang berlangsung di Central i-City, Shah Alam hari ini.

Katanya, Sambutan Karnival Pengguna Negeri Selangor 2022 ini seiring dengan Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan dengan tema sambutan adalah ‘Digitalisasi Pengguna’. Justeru itu, fokus pengisian program/ aktiviti sepanjang sambutan bulan pengguna Selangor tahun ini adalah untuk melahirkan ‘Pengguna Bijak dan Arif Selangor’ dalam era urus niaga digital, fokus ini amat bertepatan dengan tema pilihan tahun ini iaitu Digitalisasi Pengguna,” katanya.

Jelasnya, Karnival Pengguna Selangor yang diadakan pada 19 dan 20 Mac 2022 bertempat di Central I-City Shah Alam bermula 10 pagi sehingga 10 malam dengan pelbagai pengisian menarik seperti Consumer Pocket Talk, Forum Digital Pengguna : Pengguna Cakna Halal, Kuiz Pengguna, Pengguna Sihat Selangor : Zumba & Aerodance kerjasama dengan Kementerian Belia & Sukan (KBS), Pengguna Cilik : Aktiviti Mewarna Kanak-Kanak.Pendekatan yang digunakan dalam program ini, usaha memperkasakan ilmu kepenggunaan dan digital dalam kalangan pengguna Selangor adalah melaksanakan aktiviti/program bersifat People Centric iaitu mendekati pengguna secara real-time, menyampaikan info kepenggunaan secara interaktif dan santai.

Pendekatan ini bertujuan menarik minat dan komitmen pengguna terhadap ilmu kepenggunaan demi melahirkan ‘PENGGUNA BIJAK SELANGOR’ dan ‘PENGGUNA ARIF’.Sempena Sambutan Bulan Pengguna Selangor 2022 berimpak tinggi dan bersifat people centric yang telah diatur dan sebahagian daripadanya telah berlangsung adalah Cabaran Troli Pengguna Peringkat Daerah Selangor, Bacaan Khutbah Jumaat bertemakan kesedaran kepenggunaan disampaikan di seluruh masjid pada 18 Mac 2022 (Jumaat), Selangor Consumer Fun Walk (SCFW) pada 1 April 2022 (Jumaat) jam 8 malam di Litar Sepang dan Advokasi Celik Aplikasi Price Catcher dan Karnival Pengguna Selangor.

“Adalah menjadi harapan saya, libat urus dan kerjasama strategik seperti ini dapat dikekalkan dan diteruskan lagi sebagai usaha bersama untuk memperkasakan pendidikan kepenggunaan. “Saya juga menggalakkan penglibatan kerjasama daripada agensi swasta seperti Litar Antarabangsa Sepang yang turut terlibat dalam program Selangor Consumer Fun Walk di Litar Sepang pada 1 April 2022 nanti.

Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) cawangan Selangor juga turut mengambil bahagian semasa karnival itu berlangsung dimana mereka telah memperkenalkan booth yang berkaitan dengan aplikasi “Idenfic” (No Way Scam!) dimana program ini sangat membantu para pengguna bagi mengelakkan serta mengurangkan masalah ditipu oleh para peniaga.

Selain itu, Forum bertajuk “Hak Pengguna Siber” juga turut diadakan dimana ia merupakan salah satu acara Siri Karnival Hak Asasi Manusia Penggunaan Kebangsaan 2022 anjuran Jabatan Selangor. Hos forum itu ialah Lin Ying, naib presiden Dewan Undangan Negeri cawangan Klang.

Sementara itu, Preetha Muniandy, Pegawai Khas MTPN bersama wakil – wakil MTPN, turut tampil dalam forum tersebut bagi perbincangan topic berkaitan aplikasi “idenfic, No Way to scam!” bagi memperkenalkan bagaimana perisian mudah alih aplikasi “idenfic” boleh membantu pengguna mengelak dan menanggani masalah ditipu penjual.


#kpdnhepselangor #penggunabijakselangor #bulanpenggunaselangor2022 #majistindakanpenggunanegara #mtpn #mtpnselangor #haripengguna #zawawimughni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *