Disinfeksi Percuma di SK Pendidikan Khas JB
JOHOR BAHRU, 4 JULAI 2020 - Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah memberikan khidmat disinfeksi secara percuma ke seluruh kawasan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPKJB) di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, Johor bagi membantu pihak sekolah untuk mencegah penularan wabak Covid-19 yg sedang melanda ketika ini. Pihak MTPN telah disambut baik oleh Guru Besar dan guru-guru SKPKJB dan seterusnya membantu memudahkan dan melancarkan aktiviti disinfeksi ini. Pihak MTPN yang diketuai oleh Presiden MTPN, YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo juga turut memberikan sumbangan mesin disinfeksi kepada pihak SKPKJB bagi kegunaan pihak sekolah untuk melakukan disinfeksi secara berkala selepas ini.
Read More