Home > admin (Page 15)

Katering Bermasalah

SEBARKAN : "PENGUSAHA KATERING BERMASALAH” – UTUSAN MALAYSIA – 17/12/2016 Sejak kebelakangan ini, tersebar kisah pengantin ditipu perancang perkahwinan mahupun katerer yang dilihat satu perniagaan mudah untuk mendapatkan pelanggan terutamanya golongan muda. Memandangkan isu tersebut berlarutan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar pengusaha katering tersebut disebarkan di laman sosial. Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, kuasa sebaran tersebut terletak pada tangan pengguna agar pengusaha katering tidak mudah menipu pelanggan ketika mereka berurus niaga bagi satu majlis perkahwinan. “Pihak pengusaha katering seharusnya bertanggungjawab kepada pelanggan untuk membantu persiapan majlis bakal pengantin diadakan sempurna kerana mereka berhak mendapatkan servis terbaik. “Tidak dinafikan,ada segelintir

Read More

Tahukah Anda??

APAKAH HAK-HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA? 1. HAK UNTUK MENDAPATKAN KEPERLUAN ASAS Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi. 2. HAK UNTUK MENDAPAT BARANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG SELAMAT Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan. 3. HAK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan. 4. HAK UNTUK MEMBUAT PILIHAN Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif

Read More