Home > Home Post

KENYATAAN MEDIA MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA (21 Februari 2025)

Baru-baru ini, satu kenyataan palsu telah tersebar di beberapa platform media sosial yang mendakwa Majlis Tindakan Pengguna Negara terlibat dalam "THE GURU SCAM NETWORK". MTPN dengan sesungguhnya mengisytiharkan bahawa MTPN TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN “THE GURU SCAM NETWORK" Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana - mana agensi atau syarikat yang terlibat dengan penipuan pengguna, penggubalan Wang Haram,  dan sebagainya, serta tidak pernah terlibat dalam mempromosikan, atau menyokong mana-mana aktiviti mereka. Sebarang dakwaan atau kenyataan yang mengaitkan MTPN dengan entiti tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan masyarakat. Sebagai sebuah organisasi yang berpegang teguh kepada

Read More

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PERKESO NEGERI JOHOR

Johor, 15 Jun 2023 - Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat PERKESO Negeri Johor yang diketuai oleh YDP MTPN Johor, Tuan Noorman Kamsani dan diiringi oleh wakil – wakil dari jawatankuasa pihak ibu pejabat MTPN dan Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia.Kedatangan pihak MTPN disambut baik oleh tuan pengarah PERKESO Negeri Johor iaitu Tuan Tong Tong Sing Chuang bersama Tuan Fahruddin bin mustafal bakri, Puan Nurul Ainaa Nadhirah Binti Mohd Ishar dan beberapa pegawai lain yang turut bersama – sama berkongsi segala idea dan pendapat bagi menambahbaik peluang bantuan yang dapat diberikan kepada orang awam untuk setiap

Read More

TURUN PADANG JUMPA PENGGUNA

SIBU, 7 JULAI 2019 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengadakan program turun padang dengan mengadakan lawatan ke Rumah Panjang Ganda, Wak Pakan dalam daerah Sibu. Kehadiran beliau yang disertai Ahli Parlimen Julau, Tuan Larry Sng Wei Shiendan Ahli Parlimen Lubuk Antu ke rumah panjang ini bersempena program Berambeh dan Kepenggunaan anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sibu dan KPDNHEP Negeri Sarawak. Berambeh atau bermaksud berkumpul beramai-ramai ini membawa bersama gerai –gerai pameran dari pelbagai agensi tempatan seperti cawangan Narkotik Polis Di Raja Malaysia Daerah Julau, Pejabat Kesihatan , Pejabat Kebajikan Masyarakat,

Read More

Kunjungan Ke KPDNKK & Seksyen TTPM

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA LATAR BELAKANG TRIBUNAL Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah suatu badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan mula berkuatkuasa pada 15 November 1999 Bahagian XII Akta mengandungi 37 seksyen berhubung dengan Tribunal Tuntutan Pengguna seperti keanggotaannya, bidang kuasa, prosiding, award-award yang dibuat dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Kunjungan temuramah ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kunjungan silaturrahim ke Seksyen Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Negeri Johor. OBJEKTIF TRIBUNAL Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang fungsi utamanya adalah mendengar dan

Read More

Tahukah Anda??

APAKAH HAK-HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA? 1. HAK UNTUK MENDAPATKAN KEPERLUAN ASAS Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi. 2. HAK UNTUK MENDAPAT BARANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG SELAMAT Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan. 3. HAK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan. 4. HAK UNTUK MEMBUAT PILIHAN Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif

Read More