Pasar makanan laut Wuhan bukan satu-satunya punca penularan coronavirus – Pakar
BEIJING: Pasar makanan laut di Wuhan, wilayah Hubei mungkin bukan satu-satunya sumber kepada penularan wabak coronavirus (2019-nCoV), kata pakar paru-paru di China, lapor agensi berita Xinhua. Naib Pengarah Hospital Wuhan Jinyintan, Huang Chaolin, dalam satu wawancara dengan majalah perniagaan Caixin baru-baru ini berkata, mungkin terdapat beberapa tempat lain di mana virus itu mula-mula disebarkan kepada manusia. Hospital itu antara pusat perubatan dikhaskan untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus berkenaan. Huang dan pasukannya baru-baru ini menerbitkan sebuah artikel di Lancet, jurnal perubatan umum terkemuka dunia, berkaitan beberapa penemuan awal mengenai data klinikal coronavirus membabitkan 41 kes yang terawal. Pesakit pertama yang dimasukkan ke hospital Huang
Read More