Home > 2020 (Page 3)

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT JKJR MALAYSIA di PUTRAJAYA

27 Februari 2020 (Khamis) - YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo (Presiden MTPN) diiringi Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat JKJR MALAYSIA di Putrajaya dan disambut baik oleh Ketua Pengarah JKJR bersama Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Penyelaras Program dan Projek dan Pembantu Pengarah Bahagian Polisi dan Inovasi. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama yg boleh dijalankan dalam usaha menjayakan KEMPEN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA di negara kita, terutamanya pada musim-musim perayaan dan cuti-cuti umum. Terima kasih kepada pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya atas penerimaan kunjungan pihak MTPN dan kerjasama yang diberikan. Diharap dengan kerjasama antara MTPN dan JKJR ini

Read More

Consumer’s Choice Awards – June 2020

Nominasi Kini Bermula - Anugerah Pilihan Pengguna (Consumer's Choice Awards) Pendaftaran Pencalonan Anugerah Pilihan Pengguna (Consumer's Choice Awards) yang bakal diadakan di AICC Moun Austin, Johor Bahru pada bulan Jun 2020 ini telah dibuka kepada semua golongan peniaga atau penjaja yang mempunyai keyakinan terhadap prestasi perniagaan mereka!Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) adalah salah satu program Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) untuk mengenal pasti perniagaan yang mana membuktikan perkhidmatan pelanggan yang unggul, integriti, dan profesionalisme. Matlamat kami adalah untuk membantu pengguna seluruh Malaysia membuat keputusan membeli yang bijak. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara melalui aduan -aduan pengguna, kebanyakan pengguna mempunyai masalah

Read More

KEJOHANAN OLAHRAGA SKTD3 2020

Kejohanan Olahraga Kali Ke-19, Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3 Johor Bahru, 23 Februari 2020 - YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo (Presiden MTPN) telah merasmikan Kejohanan Olahraga SK Taman Daya 3 kali ke-19 bagi tahun 2020 yang telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan ini merupakan salah satu program utama aktiviti kokurikulum tahun 2020 kategori sukan dan permainan di SKTD3. Temasya Kejohanan Olahraga ini diadakan bagi mempertingkatkan lagi tahap kecergasan murid di samping melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan (1M1S) yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui program ini juga, dapat memantapkan serta meningkatkan pengetahuan murid dalam sesuatu bidang sukan di sekolah. Selain itu, para

Read More

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT KPDNHEP NEGERI SELANGOR

14 Februari 2020 (Jumaat) - YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo (Presiden MTPN) bersama Tuan John Lok (Pengerusi MTPN Negeri Selangor) dan diiringi 4 Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat KPDNHEP Negeri Selangor dan disambut baik oleh YBrs. Tuan Muhamad Zikril Azan bin Abdullah (Pengarah KPDNHEP Negeri Selangor) bersama Tuan Azizan bin Abdullah (Ketua Pegawai Penguatkuasa PKPDNHEP Negeri Selangor) dan Ketua Seksyen Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) beserta 3 lagi wakil lain. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama yg boleh dijalankan dalam usaha menyebarluas kesedaran kepenggunaan di Negeri Selangor. Terima kasih kepada pihak KPDNHEP Selangor atas penerimaan kunjungan

Read More

KPDNHEP Sasar 5 Agenda Teras Lindungi Pengguna

PUTRAJAYA, 3 FEBRUARI 2020 -  Lima agenda utama yang menjadi teras kementerian dalam tahun 2020 ini iaitu melaksanakan pendigitalan dalam sektor perniagaan, mengoptimumkan program subsidi, menginstitusikan data analitik sebagai asas pembuatan keputusan dan perlaksanaan dasar, program dan projek kementerian, mewujudkan eko-sistem perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing dan mampan serta memperkasa Hak Pengguna. Ini ditegaskan Menteri Perdagangan dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Majlis Ramah Mesra bersama Rakan Strategik Kepengunaan di Dewan Serbaguna KPDNHEP di sini petang ini. “Program hari ini membuktikan teras agenda kelima bahawa kami fokus dan komited dalam memperkukuhkan perlindungan dan

Read More

Pasar makanan laut Wuhan bukan satu-satunya punca penularan coronavirus – Pakar

BEIJING: Pasar makanan laut di Wuhan, wilayah Hubei mungkin bukan satu-satunya sumber kepada penularan wabak coronavirus (2019-nCoV), kata pakar paru-paru di China, lapor agensi berita Xinhua. Naib Pengarah Hospital Wuhan Jinyintan, Huang Chaolin, dalam satu wawancara dengan majalah perniagaan Caixin baru-baru ini berkata, mungkin terdapat beberapa tempat lain di mana virus itu mula-mula disebarkan kepada manusia. Hospital itu antara pusat perubatan dikhaskan untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus berkenaan. Huang dan pasukannya baru-baru ini menerbitkan sebuah artikel di Lancet, jurnal perubatan umum terkemuka dunia, berkaitan beberapa penemuan awal mengenai data klinikal coronavirus membabitkan 41 kes yang terawal. Pesakit pertama yang dimasukkan ke hospital Huang

Read More

PPPM Kajang Buka Lembaran Baharu Food Bank

KAJANG, 21 JANUARI 2020 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan bantuan rakan-rakan strategik serta penyumbang makanan dan bahan makanan telah membangunkan sebuah Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan (PPPM) bagi Program Food Bank Malaysia yang terletak di Bukit angkat, Kajang di sini. Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan (PPPM) yang dibangunkan ini seluas 5,000 kaki persegi dilengkapi dengan kemudahan asas dan ruangan pejabat serta akses kepada jalan raya yang baik. Ia juga dilengkapi dengan rak penyimpanan yang teratur, jentera fork-lift, bilik sejuk beku dengan waktu operasi antara 9.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari. PPPM diwujudkan untuk menjadi pusat pengumpulan dan pengagihan makanan yang disumbangkan

Read More

Tahniah Kepada Semua Pemenang Anugerah Pilihan Pengguna 2020..!!!

ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA 2020 CONSUMER'S CHOICE AWARDS 2020 ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA 2020, anjuran MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA (MTPN) telah berjalan dengan lancar dan sempurna pada 15 Januari 2020 (semalam) yang bertempat di Cathay Restaurant Eco Spring, Johor Bahru, Johor dan telah dirasmikan oleh YB Steven Choong Shiau Yoon (Ahli Parlimen Tebrau). Senarai Penerima Anugerah Pilihan Pengguna Sehubungan dengan itu, pihak MTPN dengan berbesar hati ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA 2020 ini. Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf semua golongan peniaga SME atau penjaja dan para peniaga yang mempunyai keyakinan terhadap prestasi perniagaan

Read More

Penguatkuasa Perkenal IEMS Untuk Tugas-Tugas Penguatkuasaan

KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2020 – Sistem pengurusan penguatkuasaan Bersepadu (IEMS) yang dilancarkan hari ini oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjadi inovasi terkini bagi mempertingkatkan tugas-tugas penguatkuasaan. Kaedah konvensional yang diguna pakai sejak 47 tahun lalu iaitu cara pengkompaunan on the spot secara manual agak ketinggalan dalam era teknologi masa kini. Sebanyak 72 cawangan bahagian penguatkuasa di setiap daerah di negara ini kecuali Bahagian penguatkuasa di Ibu pejabat mula menggunakan sistem baharu ini dalam tugas-tugas penguatkuasaan dengan bermulanya Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina hari ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal

Read More