RFID MALAYSIA HANYA SESUAI DI PINTU PAGAR KAWASAN PERUMAHAN?
PETALING JAYA: Sistem tol yang lebih berkesan adalah ketika pengguna tidak perlu memperlahankan kenderaan ketika melaluinya. Seorang pengguna Facebook, Fauzul Azhim melalui akaunnya, https://www.facebook.com/fauzul.azhim.5 berpendapat, perkara itu bertepatan dengan yang digunakan di beberapa negara lain, contohnya Singapura dan Australia. “Apa beza RFID kita dengan RFID mereka? Ya, kita menggunakan Passive RFID tags, yang lebih murah, tetapi mempunyai sensing distance (jarak sensor) yang pendek. “Sistem ini mungkin sesuai digunakan untuk masuk ke kawasan parkir, atau di pintu-pintu pagar kawasan perumahan,” katanya seperti dipetik dalam Facebooknya. Menurut Fauzul, untuk sistem tol, kita seharusnya meletakkan sasaran supaya suatu hari nanti, kenderaan tidak perlu memperlahankan kenderaan, apatah lagi terpaksa berhenti,
Read More