Home > Program & Aktiviti (Page 6)

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR

Selangor, 8 September 2020 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Negeri Selangor telah mengadakan lawatan dan kunjungan hormat ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Pihak MTPN Selangor diketuai oleh YBhg Dato Dr. Gavin Voon (Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Selangor) dan diiringi oleh Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN Selangor yang lain.Lawatan dan kunjungan hormat kali pertama yang diadakan ini telah disambut baik oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menerangkan misi dan visi penubuhan MTPN Negeri Selangor yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) kepada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dato' Indera Dr. Sha'ari Bin Ngadiman dan

Read More

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT KPDNHEP NEGERI MELAKA

MELAKA, 2 September 2020 – YBhg Puan Cheng Mei Ching (Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Melaka) diiringi Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat KPDNHEP Negeri Melaka dan telah disambut baik oleh Puan Norena (Pengarah KPDNHEP Negeri Melaka) dan kakitangan KPDNHEP Negeri Melaka yang lain. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama dan program-program yg boleh dijalankan di Negeri Melaka pada masa akan datang dalam usaha meningkatkan KESEDARAN KEPENGGUNAAN kepada semua pengguna di negara kita, khususnya di negeri Melaka ini. Pengerusi MTPN Cawangan Melaka juga membentangkan aktiviti yang sedang giat dijalankan oleh wakil-wakil dan ahli sukarelawan MTPN negeri

Read More

KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2020

JOHOR BAHRU, 29 Ogos - Bersempena dengan bulan Kemerdekaan, Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru bersama Uda Holdings Berhad telah menganjurkan program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2020 bertempat di Angsana Mall Johor Bahru, Johor. Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) juga telah dijemput untuk menyertai dan memeriahkan lagi program konvoi tersebut. MTPN diketuai oleh Encik Masrudi Abdul Rahman, Setiausaha Agung MTPN diiringi dengan warga kerja MTPN yang lain turut serta menjayakan program ini. Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Program ini dimulakan dengan perasmian oleh Ketua Pegawai Operasi Uda Holdings Berhad,

Read More

Disinfeksi Percuma di Sek Agama Taman Daya

JOHOR BAHRU, 14 OGOS 2020 - Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah memberikan khidmat disinfeksi secara percuma ke seluruh kawasan Sekolah Agama Taman Daya (SATD) di Taman Daya, Johor Bahru, Johor bagi membantu pihak sekolah untuk mencegah penularan wabak Covid-19 yg sedang melanda ketika ini. Pihak MTPN telah disambut baik oleh Puan Siti Rafedah Bte Abdul, Guru Penolong Kanan - Unit Hal Ehwal Murid dan guru-guru SATD dan seterusnya membantu memudahkan dan melancarkan aktiviti disinfeksi ini. Pihak MTPN telah melakukan disinfeksi ini di pejabat guru-guru, kelas-kelas dan bilik darjah serta surau di sekolah tersebut. Setakat ini, SATD sedang menampung lebih kurang

Read More

Lawatan dan Disinfeksi di SKTD2

JOHOR BAHRU, 21 JULAI 2020 - Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo telah membuat lawatan ke SK Taman Daya 2 (SKTD2) bersama ahli-ahli MTPN yang lain untuk melawat lokasi projek-projek yang telah ditaja oleh pihak MTPN di sekitar SKTD2. Lawatan dari MTPN ini telah disambut baik oleh Guru Besar SKTD2, guru-guru dan kakitangan SKTD2 yang lain. Antara projek-projek yang disumbangkan dari pihak MTPN kepada SKTD2 ialah Laluan Pejalan Kaki dan Sudut Pendidikan Keselamatan Jalan Raya untuk kegunaan semua warga SKTD2 terutamanya pelajar-pelajar. Pihak MTPN berharap dengan sedikit sumbangan ini dapat membantu pihak SKTD2 dalam

Read More

Majlis Pelancaran Kempen Jom! Cegah Covid-19

JOHOR BAHRU, 20 JULAI 2020 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) yang diketuai oleh ????. Dato Paduka Dr . Kevy KV Yeo, Presiden MTPN telah mengadakan majlis pelancaran Kempen Jom! Cegah Covid-19 yang sedang giat dijalankan oleh seluruh kakitangan, wakil-wakil dan ahli-ahli sukarelawan MTPN di seluruh negara Malaysia. Kempen ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mazlan Bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor merangkap ADUN Puteri Wangsa. Turut hadir ke majlis pelancaran ini ialah YB Dr. Chong Fat Full, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Pemanis, DSP Mansor bin Omar, Ketua

Read More

Disinfeksi Percuma di SK Pendidikan Khas JB

JOHOR BAHRU, 4 JULAI 2020 - Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah memberikan khidmat disinfeksi secara percuma ke seluruh kawasan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPKJB) di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, Johor bagi membantu pihak sekolah untuk mencegah penularan wabak Covid-19 yg sedang melanda ketika ini. Pihak MTPN telah disambut baik oleh Guru Besar dan guru-guru SKPKJB dan seterusnya membantu memudahkan dan melancarkan aktiviti disinfeksi ini. Pihak MTPN yang diketuai oleh Presiden MTPN, YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo juga turut memberikan sumbangan mesin disinfeksi kepada pihak SKPKJB bagi kegunaan pihak sekolah untuk melakukan disinfeksi secara berkala selepas ini.

Read More

KEMPEN JOM! CEGAH COVID-19

Kempen Jom! Cegah Covid-19 sedang giat dijalankan oleh wakil-wakil dan ahli sukarelawan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) di beberapa premis sekitar JOHOR BAHRU. Selaras dengan Misi dan Visi Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dalam membantu menyelesaikan masalah yang mempengaruhi mutu hidup harian pengguna dan juga membantu meningkatkan kesejahteraan serta mengukuhkan ekonomi peniaga. Oleh itu, MTPN memperkenalkan satu bentuk program kempen “JOM! Cegah Covid-19”. Dengan menyediakan perkhidmatan pembasmian kuman secara percuma, kami bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menanamkan kesedaran mengenai pencegahan wabak dan mencegah penyebaran virus. Selain melindungi kesihatan dan keselamatan masyarakat umum, ia juga membantu menyelesaikan kualiti kehidupan seharian.Terima kasih kepada yang

Read More

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT JKJR NEGERI SELANGOR

28 Februari 2020 (Jumaat) - YBhg. Dato Gavin Voon Shih Chin (Naib Yang DiPertua MTPN Selangor) diiringi Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat JKJR Negeri Selangor dan disambut baik oleh En Sasikumar A/L Sathasivam (Pengarah JKJR Negeri Selangor) dan Penolong Pengarah. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama dan program-program yg boleh dijalankan di Negeri Selangor dalam usaha meningkatkan KESEDARAN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA kepada semua pengguna jalan raya khususnya di Negeri Selangor. Terima kasih kepada pihak JKKR Negeri Selangor atas penerimaan kunjungan pihak MTPN dan kerjasama yang diberikan. Diharap dengan kerjasama antara MTPN dan JKJR Negeri Selangor ini

Read More

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT JKJR MALAYSIA di PUTRAJAYA

27 Februari 2020 (Khamis) - YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo (Presiden MTPN) diiringi Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat JKJR MALAYSIA di Putrajaya dan disambut baik oleh Ketua Pengarah JKJR bersama Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Penyelaras Program dan Projek dan Pembantu Pengarah Bahagian Polisi dan Inovasi. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama yg boleh dijalankan dalam usaha menjayakan KEMPEN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA di negara kita, terutamanya pada musim-musim perayaan dan cuti-cuti umum. Terima kasih kepada pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya atas penerimaan kunjungan pihak MTPN dan kerjasama yang diberikan. Diharap dengan kerjasama antara MTPN dan JKJR ini

Read More